Lari tinggal kekasih sesak nafas dalam semak
Melaka: Panik melihat teman wanita sesak nafas sebelum tidak bernyawa menyebabkan suspek kes penemuan mayat seorang remaja perempuan Rabu la...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/05/lari-tinggal-kekasih-sesak-nafas-dalam.html
Melaka: Panik melihat teman wanita sesak nafas sebelum tidak bernyawa menyebabkan suspek kes penemuan mayat seorang remaja perempuan Rabu lalu, bertindak meninggalkan gadis itu keseorangan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Superintendan PR Gunarajan berkata, siasatan awal mendapati, suspek berusia 17 tahun itu pada awalnya cuba menyelamatkan mangsa dengan memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), tetapi tidak berjaya.
Katanya, berdasarkan keterangan awal, suspek mengakui ke kawasan semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, yang juga lokasi mangsa ditemui bersama teman wanitanya itu dengan menaiki Yamaha RXZ.
Sumber
Suspek yang juga kekasih, rakan sekolah dan tinggal di taman perumahan sama mengambil mangsa pada malam kejadian untuk ke taman berhampiran sebelum ke kawasan semak berkenaan kira-kira jam 9 malam.
Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan suspek cuba memberikan CPR, tetapi tidak berjaya dan panik dengan keadaan itu, suspek dikatakan meninggalkan mangsa, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.