Artis Muda Tak Hargai Golongan Artis Veteran?
Kalau dilihat di Hollywood atau pun mana-mana negara lain, kami pasti segala jasa dan pengorbanan para selebriti veteran akan sentiasa dihar...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/06/artis-muda-tak-hargai-golongan-artis.html
Kalau dilihat di Hollywood atau pun mana-mana negara lain, kami pasti segala jasa dan pengorbanan para selebriti veteran akan sentiasa dihargai. Lihat saja pada Michael Jackson, Bruce Lee dan ramai lagi selebriti veteran lain yang sudah pergi dahulu, berpusu-pusu peminat dan juga artis tak kira lama dan baru memberikan penghormatan terakhir mereka.
Namun lain pula di Malaysia, bagaikan habis madu, sepah dibuang. Biarlah popular mana pun dahulu, tiada siapa yang kisah tentang pemergiannya.
Latifah Omar, satu nama yang pernah menghiasi industri hiburan tanah Melayu sekitar tahun 50-70an, telah pun pergi meninggalkan kita semua semalam (9 Jun).
Jenazahnya telah dikebumikan sebentar tadi dan antara artis yang hadir termasuklah artis-artis veteran dan juga beberapa orang artis generasi baru seperti Abon dan juga Melisa Saila.
Menerusi akaun Twitter wartawan Melodi, Zuan Azmi, dia yang telah menghadiri majlis pengebumian seniwati ini bagaimana pun menyuarakan rasa kesalnya terhadap golongan artis muda yang menganggap pemergian seniwati ini sebagai satu perkara yang biasa.
Apa yang menarik perhatian OHBULAN! disini ialah, manakah perginya selebriti-selebriti kita yang muda? Yang popular? Tidakkah mereka menghargai jasa dan pengorbanan artis veteran yang satu industri dengan mereka? Kalau hendak diimbas, Latifah Omar bukanlah pelakon yang biasa. Kami rasa anda sendiri pernah menonton filem �Bawang Putih Bawang Merah�? Kan?
Seniwati ini juga pernah berlakon bersama P.Ramlee, S. Samsuddin, Ibrahim Pendek, Nordin Ahmad dan beberapa orang lagi pelakon popular lain di zamannya.
Untuk pengetahuan, Seniwati Latifah Omar telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Keramat dan punca beliau meninggal dunia adalah disebabkan kanser usus.
Tapi, sepanjang pengamatan kami, boleh dikatakan sebenarnya golongan artis zaman sekarang memang jarang mengambil tahu mengenai isu semasa. Lihat saja pada isu yang melanda Lahad Datu dulu, hanya Remy Ishak dan sekerat dua saja artis yang hadir ketika �Ops Bunga� dianjurkan oleh Joe Lee.
Bagi yang tidak tahu, �Ops Bunga� adalah kempen keamanan yang dianjurkan untuk rakyat Malaysia meletakkan bunga dihadapan kedutaan Filipina. Ia sekaligus menunjukkan bahawa Malaysia mahukan keamanan dan meminta agar isu Lahad Datu berhenti secepat mungkin. Sebagai artis, ianya adalah satu kelebihan jika mereka dapat membantu kempen-kempen seperti ini
Sematkan ilmu dan pengetahuan didada. Tak salah jika kita beri penghormatan dan ambil tahu isu semasa, kan?