xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Padah Pinjam Ah Long Isteri Kena Culik | FANTASIA NETWORK Padah Pinjam Ah Long Isteri Kena Culik | FANTASIA NETWORK

Padah Pinjam Ah Long Isteri Kena Culik

Johor Bahru: Seorang suri rumah berusia 20 tahun berdepan detik cemas apabila diculik selama dua jam 15 minit dari rumahnya di Taman Suria...

Johor Bahru: Seorang suri rumah berusia 20 tahun berdepan detik cemas apabila diculik selama dua jam 15 minit dari rumahnya di Taman Suria Muafakat di sini, kelmarin oleh sekumpulan along akibat kegagalan suaminya membayar pinjaman RM500 kepada kumpulan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa bersendirian di rumah sebelum didatangi sekumpulan along terbabit.Namun tindakan pantas mangsa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya, seorang juruelektrik di bandar raya ini, ketika berada di dalam kereta along berkenaan berjaya menyelamatkannya daripada dilarikan sehingga ke Kuala Lumpur.

Hasil maklumat disampaikan oleh suaminya yang berusia 23 tahun kepada polis, kumpulan along terbabit yang terdiri daripada empat lelaki berumur 23 hingga 47 tahun berjaya ditahan kira-kira 15 kilometer dari kediaman mangsa.
Foto

ZAINUDDIN (tengah) bersama pegawainya menunjukkan beberapa senjata yang ditemui bersama suspek.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, tindakan pantas mangsa bukan saja berjaya menyelamatkan nyawanya, tetapi pada masa sama membantu pihaknya menahan kumpulan along terbabit.



Related

info semasa 2945528264084710329

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item