Petua Untuk Menghilangkan Sembelit
PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Ji...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/06/petua-untuk-menghilangkan-sembelit.html
PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.
Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.
KEHADIRAN tisu tambahan dalam usus boleh menyebabkan sembelit dan kehadiran darah dalam najis.
Jika anda mempunyai masalah sembelit dan sukar untuk membuang air besar anda boleh mencuba petua mudah ini iaitu dengan minum air pisang masak caranya ambil 2 biji pisang lemak manis yang cukup masak kisar bersama 1 gelas air sejuk setelah itu minumlah air pisang tersebut.Lakukan setiap hari sehingga sembelit anda sembuh.
selamat mencuba.Jangan lupa klik share..

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.
�Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.
�Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.
KEHADIRAN tisu tambahan dalam usus boleh menyebabkan sembelit dan kehadiran darah dalam najis.
�Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.�Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.
�Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,� ujarnya.Jelas Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.
�Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.

�Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,� ujarnya,
Tabiat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas.
Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.
�Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.
�Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,� katanya.
Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas�ud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.
�Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.
�Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.
�Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.
�Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,� jelasnya.
Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.
Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.
�Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.
�Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
�Ada beberapa kes yang pernah saya kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius,� ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.jadi ikutilah petua tradisioanal yang mudah dan ringkas ini: