xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Sultan Ahmad Shah Terkilan Dengan Khairy Jamaluddin | FANTASIA NETWORK Sultan Ahmad Shah Terkilan Dengan Khairy Jamaluddin | FANTASIA NETWORK

Sultan Ahmad Shah Terkilan Dengan Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR � Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan berhubung teguran Menteri Belia da...

KUALA LUMPUR � Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan berhubung teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyoal ketelusan badan induk itu sebelum ini.

Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula aksi separuh akhir Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.


�Ini semua daripada keputusan daripada JKPT, ini bukanlah kehendak saya dan kalau saya baik kita bermain di Kuantan.


�Jadi kenyataan ini adalah tidak sepatutnya dari orang yang bertanggungjawab kepada sukan menyatakan FAM pilih kasih,� titah baginda yang dipetik dari portal Astro Awani, hari ini.


Semalam, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.
FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60 ribu tiket yang dikeluarkan kepada PBNP.


Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan. � Mynewhub

Related

info semasa 2741056615332695727

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item