xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Wanita Kerisauan Gatal Pada Alat Sulit | FANTASIA NETWORK Wanita Kerisauan Gatal Pada Alat Sulit | FANTASIA NETWORK

Wanita Kerisauan Gatal Pada Alat Sulit

Saya berumur 25 tahun dan masih bujang. Saya sering mengalami kegatalan pada permukaan faraj. Kadang-kadang saya menggaru sampai terluka dan...




Saya berumur 25 tahun dan masih bujang. Saya sering mengalami kegatalan pada permukaan faraj. Kadang-kadang saya menggaru sampai terluka dan pedih apabila terkena air. Keadaan ini tetap berulang walaupun saya menggunakan pencuci faraj wanita.


Saya juga rasa tidak selesa di bahagian bawah faraj yang terasa apabila saya berjalan dan duduk. Ia seakan-akan rasa gatal di bahagian dalam lubang faraj. Apabila saya mencuci di sekitar lubang itu saya dapati seperti ada ketulan atau lebihan daging di lubang faraj. 

Adakah ini petanda mereka yang menghidap kanser? Apakah yang perlu saya lakukan? 

Gadis runsing, 
Kuala Lumpur.

Mungkin anda sedang mengalami jangkitan kuman pada bahagian kemaluan dan faraj secara berterusan atau berulang. Penggunaan pencuci wanita perlulah secara berhati-hati kerana sebahagiannya boleh mengubah pH persekitaran faraj dan mengundang jangkitan kuman.

Sebahagiannya lagi boleh mengeringkan bahagian kemaluan dan menjadikannya mudah gatal sehingga mendorong perbuatan menggaru yang kemudiannya mengundang jangkitan kuman lain seperti bakteria yang banyak berada pada permukaan kulit kita. 

Adakah anda pernah menjalani hubungan seks penetratif? Di bahagian manakah pada lubang faraj anda kedudukan ketulan itu? Adakah ia ketulan, bonggolan atau umpama lebihan daging saja? Kadangkala selaput dara boleh kelihatan seperti lebihan daging. 

Eloklah anda meneliti bahagian terbabit berpandukan rujukan imej atau rajah bahan bacaan. Untuk kepastian, anda boleh menjalani pemeriksaan doktor. Pada masa sama, doktor dapat melakukan ujian sapuan lendir atau lelehan pada pangkal faraj untuk diuji sekiranya terdapat jangkitan kuman tertentu. Lain jenis kuman, lain pula jenis ubatnya.

Related

info kesihatan 4823061551454833263

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item