Luahan Bekas Pemain kebangsaan, Khalid Ali
Itu luahan rasa kecewa bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mengenai kegagalan pasukan tempatan menyekat trofi Liga Super daripada menyeberan...

http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/07/luahan-bekas-pemain-kebangsaan-khalid.html
Itu luahan rasa kecewa bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mengenai kegagalan pasukan tempatan menyekat trofi Liga Super daripada menyeberangi Tambak Johor musim ini.
LionsXII nampak lebih bijak menggunakan peluang beraksi di MSL dan apa yang membimbangkan apabila kelebihan itu bakal digunakan Singapura untuk merebut pingat emas Sukan SEA di Myanmar hujung tahun ini selepas Piala AFF 2012 terlepas kepada skuad senior negara jiran itu.
“Saya kecewa walaupun LionsXII mempunyai ramai pemain muda, mereka masih mampu mengatasi pasukan kita. Walaupun mereka memberi alasan bermain di padang rumput tiruan yang memberikan kelebihan kepada mereka, namun pasukan kita juga mempunyai kelebihan pemain import."
SUMBER - Harian Metro