xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Selera kampung D'Limau Nipis | FANTASIA NETWORK Selera kampung D'Limau Nipis | FANTASIA NETWORK

Selera kampung D'Limau Nipis

Restoran D'Limau Nipis Janji kualiti terbaik. Makanan laut merupakan antara hidangan lauk-pauk kegemaran semua dan gaya masakan yang pop...

Restoran D'Limau Nipis
Janji kualiti terbaik.

Makanan laut merupakan antara hidangan lauk-pauk kegemaran semua dan gaya masakan yang popular adalah dibakar bersama sos istimewa.
Apa sahaja jenis ikan air masin mahupun air tawar, ia sangat sesuai dimasak dengan cara ini.
Jika anda gemarkan hidangan ikan bakar dan mencari kelainan, Restoran D’ Limau Nipis yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi merupakan lokasi tepat.
Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam restoran, kehadiran anda disambut oleh puluhan pinggan yang berisi ikan bakar di ruang pemanggang.

Sebut sahaja ikan yang anda inginkan, pasti ia ada dalam senarai ikan bakar di sini.
Kembung, kerapu, jenahak, pari, tilapia muara organik, keli organik, siakap dan banyak lagi sedia dipilih pelanggan yang menjamu selera di sini.

Pengurus Operasi, Mohd Kusuhaizi Daud berkata, ikan bakar merupakan daya tarikan pelanggan ke Restoran D’ Limau Nipis.
“Terdapat beberapa jenis ikan organik seperti ikan keli dan tilapia turut dijual di sini,” katanya.
Bukan hanya setakat ikan bakar, sotong bakar juga sedia menanti pengunjung.

Ia merupakan sotong tempatan yang segar diperap dengan rempah istimewa sebelum dibakar dan dihidang kepada pengunjung,” katanya.

Menurutnya, bekalan bahan mentah seperti ikan dan sotong diambil setiap hari daripada pembekal bagi menjamin kualiti dan kesegarannya.

“Ada sesetengah barang, kami mengambilnya sendiri daripada pembekal. Untuk bahan kering seminggu sekali kami akan tambah stok,” katanya.

Aneka sambal Restoran D’ Limau Nipis turut menyajikan lebih 30 hidangan selera kampung yang menjadi kegemaran semua.

“Ada sesetengah lauk-pauk ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada pelanggan,” katanya.

Menyentuh mengenai penyediaan masakan, isterinya Nurul Huda Mohd Yunus mempunyai kepakaran dan pengalaman yang diperturunkan resipi dari turun temurun.

“Kesemua hidangan yang ada adalah resipi asli yang diwarisi oleh isteri saya daripada emak dan neneknya.

“Walau bagaimanapun ada menu yang diolah sedikit supaya semua lapisan masyarakat boleh menikmatinya,” katanya.

Untuk menjamin kualiti dan rasa asli masakan, isterinya akan menguji terlebih dahulu menu semasa dalam proses penyediaan.

“Walau kita mempunyai kepakaran, tetapi rasa makanan perlu dititik berat supaya ia tidak berubah,” katanya.

Uniknya di sini, restoran ini menyediakan tujuh jenis pilihan sambal yang enak seperti sambal belacan, budu, cencaluk, sambal mangga, sambal tempoyak, sambal bilis tumbuk, sambal nyor, sambal kuini dan juga sambal belimbing.

Teringin hendak menikmati sayuran kampung seperti gulai pisang, gulai pucuk ubi, gulai rebung dan bermacam lagi? Jangan risau pelanggan boleh mendapatkannya sehingga 10 jenis sayuran kampung tidak termasuk ulam-ulaman setiap hari di sini.

“Pelanggan sangat sukakan selera kampung. sebab itu kami ketengahkan konsep ini dalam restoran ini,“ katanya.

Tawaran separuh harga

Dibuka pada jam 7 pagi hingga jam 6 petang, restoran ini terus dikunjungi pelanggan untuk menikmati hidangan tengah hari seawal jam 10 pagi.

“Sebaik sahaja kami meletakkan menu, pelanggan terus boleh menjamu selera,“ katanya.

Apa yang menariknya, bermula jam 4 petang, tawaran separuh harga diberikan kepada pelanggan.

“Walaupun terpaksa menanggung kos, kami menjanjikan perkhidmatan dan kualiti terbaik kepada pelanggan yang datang menjamu selera di sini,“ katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, selain makanan, restoran ini turut menjadi pilihan pengunjung untuk membasahkan tekak dengan menikmati air minuman Dl 03.

“Dl 03 merupakan signature D'Limau Nipis. Ia merupakan jus limau nipis yang dikisar bersama ais diletakkan bersama jeli hijau dan ais krim vanila di atasnya.

“Cubalah, rasanya memang unik dan tersendiri,“ katanya.

Ditanya mengenai perancangan untuk mengembangkan lagi cawangannya, Mohd Kusuhaizi berkata, pihaknya mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap restoran ini dahulu.

“Perancangan itu tetap ada, tapi bukan dalam tempoh setah
Antara pilihan ikan bakar yang terdapat di D'Limau Nipis.
D'L 03 yang unik.
Ikan pekasam talapia organik.


Related

Info Resepi 6879578616511998009

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item