Astroid diramal langgar Bumi pada 16 Mac 2880
Washington: Sebuah asteroid diramal akan melanggar Bumi pada 16 Mac 2880, kata saintis. Penyelidik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NA...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/10/astroid-diramal-langgar-bumi-pada-16.html
Washington: Sebuah asteroid diramal akan melanggar Bumi pada 16 Mac 2880, kata saintis.
Penyelidik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), menyatakan, berdasarkan analisis radar di Makmal Jet Propulsion di Pasadena, California milik agensi itu, kemungkinan asteroid dikenali 1950 DA untuk merempuh bumi adalah 1 nisbah 300.
Laman web berita Mashable, melaporkan, asteroid 1950 DA kali pertama kali dikesan pada Februari 1950 dan mempunyai ukur lilit 1.1 kilometer. Ia berjaya dipantau selama 17 hari sebelum menghilang selama 50 tahun.
Kali terakhir asteroid itu dilihat semula pada 31 Disember 2000 dan Mac 2001.
Kejayaan mengesan semula 1950 DA pada malam tahun baru itu berlaku 200 tahun selepas saintis berjaya kesan asteroid pertama dikenali sebagai Ceres.
“Saintis mendapati 1950 DA akan melintas pada kedudukan paling hampir dengan bumi selama 20 minit pada 16 Mac 2880 dan kemungkinan ia merempuh bumi tidak boleh dinafikan,” kata laman web itu. – AGENSI