Syahidnya Ahmad Ammar Ahmad Azam Di Bumi Turki
Perbualan terakhir Ahmad Ammar bersama kakaknya. Apabila Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya | Pasti ramai yang tertanya, siapakah gerangan empu...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/11/syahidnya-ahmad-ammar-ahmad-azam-di.html
Perbualan terakhir Ahmad Ammar bersama kakaknya.
Apabila Ahmad Ammar Bertemu Bidadarinya | Pasti ramai yang tertanya, siapakah gerangan empunya nama "Ahmad Ammar Ahmad Azam" yang dilihat istimewa ini.
Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.
Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar, pemuda berusia 20 tahun yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya telah pun kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana kerana kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.
Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.
Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.
Subhanallah...berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengunsung keranda allahyarham.....
Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata......
Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana. Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.
Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.
Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. semoga kita sama-sama belajar dan menerima sesuatu dari video ini.
Tenanglah adinda Ahmad Ammar di sana. Tabahlah duhai kedua ibu bapa dan seisi keluarga. Dan wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati, perjuangan kita perlu diteruskan.
Impian Ammar, adalah realiti kita.
tentu tidak mudah memperoleh posisi seperti saudara Ammar..semoga Alloh menerma dengan sebaik-baik penerimaan
BalasPadam