ABP Stop Make Stupid People Being Famous
Satu kelainan yang cuba diperkenalkan oleh pihak penganjur Anugerah Bintang Popular (ABP) kali ini menerusi pertambahan kategorinya seakan-a...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2013/12/abp-stop-make-stupid-people-being-famous.html
Satu kelainan yang cuba diperkenalkan oleh pihak penganjur Anugerah Bintang Popular (ABP) kali ini menerusi pertambahan kategorinya seakan-akan mendapat kritikan daripada ramai pihak.
Pencalonan Anugerah Aksi Di Youtube Paling Popular, ianya memaparkan video-video yang menjadi perbualan hangat sepanjang tahun ini.
Antara yang tercalon ialah video isteri pemain bola sepak, Mat Yo yang memaki hamun serta menghina seorang pengawal keselamatan dan video Keek viral Syasya ‘macam cantik je, macam comel je’ juga tersenarai dalam kategori tersebut.
Ramai berpendapat, anugerah sebegini hanya mengalakkan orang di luar sana tampil dengan video-video yang tidak berfaedah dan apa perlu ABP mengiktiraf ‘orang-orang’ sakit mental sebegini?
Bayangkan jika video isteri Mat Yo yang menang, siapa yang akan datang mengambil trofi tersebut? Mat Yo? Isterinya?
Takkan selepas dihina dan dicaci oleh orang ramai atas perbuatan biadap yang lalu, dia dengan peniuh perasaan bangganya nak naik pentas menerima penghargaan itu?
Namun, tidak semua video dalam pencalonan tersebut ‘menjengkelkan’, ada juga yang berilmiah dan mempunyai mesej yang tersendiri.
Jangan jadikan video-video ‘menjengkelkan’ seperti itu diiktiraf, nanti lama-lama makin ramai orang di luar sana yang sanggup memperbodohkan diri mereka semata-mata demi sebuah kemasyhuran duniawi. - My Media
Sumber asal- MNH