xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Chef Wan Hampir Buta Kerana Bisul | FANTASIA NETWORK Chef Wan Hampir Buta Kerana Bisul | FANTASIA NETWORK

Chef Wan Hampir Buta Kerana Bisul

Gagal melelapkan mata selama tiga hari kerana kegatalan serta bengkak di bahagian hidung dan wajah, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan ter...



Gagal melelapkan mata selama tiga hari kerana kegatalan serta bengkak di bahagian hidung dan wajah, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terpaksa dimasukan hospital bagi menjalani rawatan lanjut.

Chef Wan kini sedang dirawat di Hospital Gleneagle Pulau Pinang sejak pagi 26 Dis 2013, di mana pihak doktor telah membuang kuman jangkitan dibahagian hidungnya sebelum merebak di bahagian mata dan juga otak yang boleh menyebabkan masalah kritikal.

“Saya telah ke hospital pagi ini kerana tak tahan sebab tak dapat tidur selama tiga hari menahan kesakitan. Doktor kata ada bisul di bahagian hidung saya yang perlu dibuang secepat mungkin.

“Saya perlu berada di hospital buat beberapa hari kerana daripada laporan X-ray pihak doktor, jangkitan itu telah berpindah ke bahagian mata.

“Kerana jangkitan itu telah naik ke mata, doktor takut kalau ianya berjangkit ke otak,” katanya menerusi kiriman mesej whatsapp miliknya.

Tambah Chef Wan, sekiranya jangkitan itu tidak menerima rawatan lanjut, besar kemungkinan dia akan mengalami demam dan bakteria akan berpindah ke bahagian otak dan boleh membawa maut.

Jelasnya lagi, menurut pihak doktor bakteria boleh merebak dengan cepat dan dia bernasib baik kerana dapat menjalani rawatan secepat yang mungkin.

Semoga urusan dipermudahkan dan Chef Wan akan cepat sembuh agar dapat menjalani rutin harian seperti biasa.



Kelakar juga LaporanTerkini membaca post Chef Wan di laman Instagramnya. Sama seperti di dalam tv, beliau juga berjenaka mengenai kesakitan beliau di laman Instagramnya.

”Ku semangat dah mcm Ikan Dugung tua tersadai diatas katil tu masuk kan antibiotic tadi before being wheel into the Operation Theater.Dr before that kata the entire procedure will cost me rm1700.00 ..jika pakai gigi palsu dah tercampak keluar atas riba Dr tu terperanjat.”
”Dah sakit and its a private Specialist terpaksa la hulur kan saja Visa card tu.But i have my medical Insurance to claim them nanti.Teringat la org kg kena bisul tu mcm mana la jika tak berduit? Hidup jugak tak mati.dah puas bernanah lah.Anyway whats more important i have taken care of this situation.Alhamdulilah.”

Related

Info Artis 2957005950274854691

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item