xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat Tahun 2015 | FANTASIA NETWORK Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat Tahun 2015 | FANTASIA NETWORK

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat Tahun 2015

NASA sahkan Matahari mula terbit dari arah Barat tahun 2015 - Di sebalik pelbagai kejadian pelik yang berlaku di seluruh dunia seperti tsuna...



NASA sahkan Matahari mula terbit dari arah Barat tahun 2015 - Di sebalik pelbagai kejadian pelik yang berlaku di seluruh dunia seperti tsunami, gempa bumi, hujan ais dan sebagainya, satu fakta yang pasti mengejutkan kita ialah perubahan mendadak musim dan pergerakan matahari.

Menurut fakta yang dikeluarkan oleh NASA, perubahan medan kutub utara semakin laju berbanding abad ke-18. Pada tahun 1904, kelajuan pergerakkan medan kutub utara ke arah timur laut hanyalah 9 batu setahun.

Bagaimanapun, kadar tersebut meningkat secara mendadak kepada 35 batu setahun pada tahun 2007. Lebih mengejutkan, pada tahun 2013, kelajuan pergerakkan itu dikatakan meningkat kepada 26 batu sebulan, menjadikan arah matahari terbit akan berubah dari arah timur ke barat pada tahun 2015.




Baca artikel di bawah untuk penjelasan lebih lanjut tentang perubahan arah matahari terbit dari timur ke barat pada tahun 2015. Untuk pembacaan lebih jelas dan besar, klik pada dua keping gambar.







TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Lagi Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat Di Sini

Related

Isu Dunia 60606239244745331

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item