xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Pembantu Tadbir Solat Hajat Untuk Kenaikan Gred | FANTASIA NETWORK Pembantu Tadbir Solat Hajat Untuk Kenaikan Gred | FANTASIA NETWORK

Pembantu Tadbir Solat Hajat Untuk Kenaikan Gred

Seramai 300 anggota empat kesatuan kakitangan awam mengadakan solat hajat perdana semalam di Ipoh bagi memohon kenaikan gred yang didakwa ti...



Seramai 300 anggota empat kesatuan kakitangan awam mengadakan solat hajat perdana semalam di Ipoh bagi memohon kenaikan gred yang didakwa tidak disemak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak 40 tahun lalu.

"Kita tiada jalan lain dan tidak mahu mengadakan demonstrasi," Timbalan Presiden Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) Che Saad Hashim dilapor sebagai berkata oleh Utusan Malaysia hari ini.

"Hanya kepada Allah kami mohon agar pemimpin atasan melihat golongan pembantu tadbir perkeranian dan operasi dan pembantu tadbir kewangan yang merupakan kelompok kedua terbesar selepas guru." 

Majlis yang dilakukan bersama acara bacaan Yasin itu dibuat agar perdana menteri terbuka hati untuk mengumumkan sesuatu tentang perkara itu pada 17 Disember depan.

Pada tarikh itu beliau dijangka merasmikan Konvensyen Tahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Menurut Che Saad, pihaknya pada tahun lalu menghantar cadangan kenaikan gred itu kepada ketua pengarah perkhidmatan awam di Kuching namun JPA memberi alasan kenaikan gred yang dipinta terlalu tinggi.

Menurutnya, pihaknya memohon kenaikan gred dari N17 kepada N27 tetapi beliau kini mendengar ura-ura JPA akan bersetuju meningkatkan tiga lapisan gred.

Ia adalah N17, N22 dan N26 kepada gred N21, N26 dan N28.

Majlis solat hajat tersebut berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah II turut disertai Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu), Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (Auegcas) dan Kesatuan Pembantu Tadbir Kementerian Kesihatan (Keptakes).

Related

Isu Tempatan 8618465434957858199

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item