xmlns:og='http://ogp.me/ns#' 7 Lagu Nasyid Untuk Hati Yang Sedang Dirundung Pilu -Video dan Lirik | FANTASIA NETWORK 7 Lagu Nasyid Untuk Hati Yang Sedang Dirundung Pilu -Video dan Lirik | FANTASIA NETWORK

7 Lagu Nasyid Untuk Hati Yang Sedang Dirundung Pilu -Video dan Lirik

وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati...





وَلا تَهِنوا وَلا تَحزَنوا وَأَنتُمُ الأَعلَونَ إِن كُنتُم مُؤمِنينَ
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (3:139)



Sepanjang menjalani tempoh remaja sehinggalah meningkat dewasa, kita diruntuni dengan pelbagai permasalahan yang melibatkan hati dan perasaan. Hati menjadi remuk dan berkecai kerana kekecewaan. Semangat luntur dan hilang kerana kegagalan. Kesedihan melanda setelah kehilangan. Namun ketahuilah dalam kesusahan-kesusahan ini akan datang kemudahan yang membuka pintu rahmat dan kasih-sayangNya.

Pengalaman mendewasakan kita. Pasrahlah dengan ketentuan, redhailah ketetapan dan teruskanlah hidup dengan penuh ketabahan. Orang beriman hatinya sentiasa nyaman, yang menyakini akan pertemuan dengan Tuhan. Dambakanlah keredhaan. Dunia hanya tempat persinggahan, syurga jualah yang menjadi tujuan.

Berikut adalah 7 buah lagu nasyid yang paling asyik didengari ketika hati dirundung kepiluan. Lagu-lagu ini menjadi teman buat penulis sendiri ketika melalui saat-saat menggetirkan dalam hidup. Semoga dengan perkongsian ini akan membuahkan bibit-bibit kesedaran dari lena yang panjang dan membangkitkan semangat untuk terus berjuang. Semoga dengan kesusahan yang dilalui akan didatangkan keinsafan yang tambah mendekatkan diri kepada Tuhan, agar dapat dirasakan asyiknya nikmat keimanan. Inilah rahmat ujian. Ayuh muhasabah cinta kita dan merayulah kepadaNya…

Ya Ba’is…
Ya Qawiyy…

Wahai Yang Maha Membangkitkan
Wahai Yang Maha Kuat

Bangkitkanlah semangat keazaman dan kekuatanku!

NOTA: Lagu nasyid ini sekadar hiburan hati sampingan. Kembalilah kepada Tuhan dalam erti kata yang sebenar apabila dirimu dilanda ujian. Tunaikan solat sunat dua rakaat dan bertaubatlah minta keampunan. Minta pertolongan dari yang menjadi tempat pergantungan semua ciptaan. La tahzan. Bangunlah solat malam dan banyakkan mendengar dan membaca Al-Quran…


الَّذينَ ءامَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللَّهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللَّهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (13:28)

Bacalah surat-surat cintaNya. Surat cinta Allah tidak akan pernah menghampakan. itulah Al-Quran, petunjuk buat manusia yang sentiasa memerlukan tempat pergantungan. Basahilah wajahmu dengan air wudhuk, bukan dengan air mata kekecewaan, dan bacalah surat-surat cinta-Nya kepada kamu agar tenteram jiwa yang melara dan hati yang merawan..

Tanpa berlengah lagi, terimalah…


1. Cinta Agung – Qathrunnada’


Lagu yang paling best. Tak jemu didengari ketika susah dan ketika senang. Ia mengajak kita kembali kepada Allah dengan menggunakan bahasa yang mudah. Tiada cinta yang lebih agung melainkan CINTA-Nya. Al-Wadudu – Dia Yang Maha Mencintai…


LIRIK:
Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

Muaturun MP3:

Qathrunnada’ – Cinta Agung ~ 5:47 | 5.34MB


2. Layar Keinsafan – Mestica



Lagu ini dikongsikan oleh seseorang yang sangat istimewa buat menemani malam-malam penuh gusar yang dilalui suatu ketika dahulu. Lagu yang mengusik jiwa yang telah insaf dan membasahi sebutir hati yang mengharapkan keredhaanNya dalam melayari sebuah kehidupan.
LIRIK:
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora


MUATURUN MP3

Mestica – Layar Keinsafan ~ 04:49 | 6.78MB


3. Dugaan Kasih – Haikal



Wahai teman usah kenangkan… lalala ~ cinta manusia ni tak ke mana dik Setiap ujian itu adalah pembuka jalan untuk kembali kepada Tuhan…


LIRIK:Wahai teman usah kenangkan
Kisah cintamu yang amat memilukan
Ditinggalkan kekasih hati
Impian hidup tiada erti lagi
Diri kecewa hampa dan duka
Derita seakan tiada hujungnya
Arah hidupmu tidak menentu
Tiada insan dapat membantu
Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya
Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma
Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan

MUATURUN:

Haikal – Dugaan Kasih ~ 04:32 | 4.25MB


4. Rahmat Ujian – Mestica



Sebuah lagi lagu dari kumpulan

Mestica. Banyak lagu nasyid yg lain iramanya sedih-sedih tetapi lagu ini sangat memberikan semangat! Liriknya juga penuh makna!


LIRIK:
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


MUATURUN:

Rahmat Ujian – Mestica ~ 04:51 | 4.54MB


5. Selamat Berjuang – Brothers


Lagu terbest yang mengimbau kembali kenangan silam zaman persekolahan. Sesungguhnya perjuangan kita baru bermula kawan. Kau tidak boleh tewas di sini! Bangkitlah semula!


LIRIK:
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman-teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya
Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah
Meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan
Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
MUATURUN:

Brothers – Selamat Berjuang ~ 06:05 | 5.7MB


6. Sesekali Diuji – NICE



Antara lagu favorite yang selalu didengari ketika sedang diuji. Usahlah berputus asa kerana pasti ada rahmat di sebaliknya. Redha dan bersyukurlah kerana sesekali iman kita diuji tanda kasihNya kepada kita.

LIRIK:
Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa
Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa
Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah
Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa
Pada Allah
Pengasih, Pemurah dan Penyayang
Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa


MUATURUN:

Nice – Sesekali Diuji ~ 03:47 | 3.60MB


7. Langkah Tercipta – UNIC


 Lagu ini agak menyedihkan iramanya. Namun di penghujungnya bangkit kembali semangat juang yang terpadam.

LIRIK:Semalam aku kelukaan kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian
Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengenang namun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan
Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Tak dilontarkanNya ujian
Diluar kekuatan setiap diri insan
Allah…
Pimpinlah diriku
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
Agar mimpi jadi nyata
PadaMu ku meminta
Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu
MUATURUN:
Langkah Tercipta – UNIC ~ 03:46 | 3.57MB


Anugerah Khas:
TAUBAT – OPICK



Jauh sudah kaki kita melangkah. Ke manakah kita telah membawa diri selama ini? Kembalilah kepada Allah. Ubatilah kekecewaanmu dengan mengingatiNya.. insyaAllah hatimu akan menjadi tenang.

LIRIK:
Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu
Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu
Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku
MUATURUN:
Opick – Taubat ~ 04:41 | 6.25MB

Akhir kata, renung-renungkan lah ayat ini…


فَوَيلٌ لِلقٰسِيَةِ قُلوبُهُم مِن ذِكرِ اللَّهِ ۚ أُولٰئِكَ فى ضَلٰلٍ مُبينٍ
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (39:22)

SUMBER : CHEAHMAD 




Related

VideoDakwah 1899708841929251520

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item