xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Aden Edcoustic Meninggal Dunia | FANTASIA NETWORK Aden Edcoustic Meninggal Dunia | FANTASIA NETWORK

Aden Edcoustic Meninggal Dunia

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Industri hiburan Islam menerima khabar duka malam ini. Vokalis kumpulan popular Edcoustic, Aden telah me...


Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Industri hiburan Islam menerima khabar duka malam ini. Vokalis kumpulan popular Edcoustic, Aden telah meninggal dunia sebentar tadi. Menurut info yang kami terima, Aden, 34 tahun, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas Isyak tadi di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia. Sebelum ini, Munsyeed pernah melaporkan berita mengenai keadaan kesihatan Aden yang tidak menentu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. . Admin difahamkan, jenazah allahyarham Aden akan dibawa dari Rumah Sakit Al-Islam menuju ke rumah Aden untuk disolatkan. Jenazah Aden akan dikebumikan di Bandung, Indonesia. Aden dan Edcoustic Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi, merupakan vokalis utama kumpulan nasyid popular Indonesia, Edcoustic. Selain Aden, Edcoustic dianggotai Eggie yang merupakan pemain gitar dalam Edcoustic. Artis duo yang berasal dari Bandung Indonesia ini mula berkecimpung dalam industri muzik seawal tahun 2002. Edcoustic menerbitkan album sulung mereka berjudul Masa Muda pada Oktober 2004. Walaupun ruang promosi pada ketika itu agak terhad bagi artis-artis baru, namun Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan. Komposer Lagu Hits: Muhasabah Cinta & Ketika Cinta Bertasbih Edcoustic mencapai kemuncak populariti apabila single lagu Muhasabah Cinta dari album kedua mereka, Sepotong Episode menjadi lagu hits di Indonesia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara. Lagu Muhasabah Cinta merupakan hasil paduan mantap vokal Edcoustic bersama artis baru, Bima, disulami dengan bait-bait lirik yang cukup puitis karya Aden. Menerusi lagu Muhasabah Cinta, peminat dari serata dunia mula mengenali Edcoustic dan melihat bakat luarbiasa Edcoustic melalui karya-karya seterusnya dari album pertama dan kedua. 

Aden yang merupakan vokalis Edcoustic turut mempunyai bakat luarbiasa dalam komposisi lagu. Bakat yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema OST filem religi paling popular di Nusantara (Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura) Ketika Cinta Bertasbih. Aden Cipta Lagu Untuk Inteam Penglibatan Aden sebagai komposer tidak hanya terbatas di Indonesia semata-mata, malah bakat luarbiasa beliau turut diintai artis popular Malaysia, Inteam. Menerusi album terbaru Inteam yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku. Respon Dari Teman & Selebriti Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Aden Edcoustic dan sahabat handai beliau. Munsyeed doakan semoga roh Allahyarham Aden ditempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang soleh dan bertaqwa.

Responds Selebriti




Related

Artis Nasyid 7838195267010071365

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item