Alif Satar bakal Nikahi Sha Dila September 2014
“Memang betul saya sudah hantar rombongan merisik semalam (Selasa). Insya-Allah kalau tak ada aral kami akan berkahwin September depan,”...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/01/alif-satar-bakal-nikahi-sha-dila.html
“Memang betul saya sudah hantar rombongan merisik semalam (Selasa). Insya-Allah kalau tak ada aral kami akan berkahwin September depan,” kata penyanyi dan pelakon, Alif Satar berhubung desas-desus penyanyi itu menghantar rombongan meminang kekasihnya, kelmarin.
Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 24, berkata, keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan diambil berikutan hubungannya dengan eksekutif swasta Sha Dila Halid (Shad), 30, semakin stabil selepas empat tahun menjalin hubungan.
“Saya risau dan berdebar juga semalam (Selasa) sebab saya tak ikut rombongan (merisik) itu, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.
“Benda ini pun macam tiba-tiba saja terdetik. Kami sudah berkawan empat tahun. Jadi saya rasa ia adalah keputusan paling tepat dan terbaik,” katanya ketika dihubungi semalam.
Majlis merisik kekasihnya, Shad berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga wanita itu di Rembau, Negeri Sembilan kelmarin.
Alif berkata, kedua-dua belah keluarga sudah bersepakat memilih September untuk melangsungkan perkahwinan bersempena bulan kelahiran mereka.
Katanya, keserasian mereka selama empat tahun berkawan meyakinkannya untuk melamar Sha Dila.
“Kami sudah selesa antara satu sama lain. Orang keliling pun sudah tengok kami ke sana dan sini berdua. Jadi tak syok juga orang cakap itu dan ini,” katanya.
Jom layan lagu Alif Satar dibawah :
HARIAN METRO -SUMBER