xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Beratus Jarum Emas Yang Halus Dalam Lutut Seorang Wanita | FANTASIA NETWORK Beratus Jarum Emas Yang Halus Dalam Lutut Seorang Wanita | FANTASIA NETWORK

Beratus Jarum Emas Yang Halus Dalam Lutut Seorang Wanita

Seoul – Sekumpulan pakar perubatan terkejut selepas menemui beratus-ratus jarum emas yang halus di dalam tisu lututnya selepas dia mend...


Seoul – Sekumpulan pakar perubatan terkejut selepas menemui beratus-ratus jarum emas yang halus di dalam tisu lututnya selepas dia mendapatkan rawatan akupuntur daripada pengamal perubatan alternatif.

Pakar perubatan percaya jarum itu sengaja dibiarkan di dalam tisu lutut wanita yang berusia 65 tahun itu.

Ia dikatakan mampu menyediakan stimulasi berterusan selepas rawatan berakhir.

Wanita itu yang menghidap osteoarthritis mendapatkan rawatan akupuntur selepas pengambilan ubat tahan sakit daripada doktor gagal melegakan kesakitan di lututnya.

Ia juga menyebabkan perutnya berasa tidak selesa.

Bosan dengan keadaan itu, dia kemudiannya beralih kepada akupuntur untuk melegakan kesakitan dan menggunakan perubatan alternatif itu setiap minggu.

Namun tindakan pengamal perubatan alternatif itu yang membiarkan jarum emas halus dalam lutut wanita warga emas itu dikritik oleh pakar perubatan kerana ia boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak.

Malah idea memasukkan benda asing dalam badan juga bukan satu idea yang baik.

Ia juga menyebabkan doktor tidak dapat melakukan imbasan MRI ke atas wanita itu kerana magnet dalam pengimbas akan menyebabkan jarum itu bergerak, sekali gus merosakkan arterinya.

sumber :lamankongsi


Related

Info Pelik 4583139036320192456

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item