xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Cedok Gaya Imran Ajmain, Hafiz Hamidun Tepis Tuduhan | FANTASIA NETWORK Cedok Gaya Imran Ajmain, Hafiz Hamidun Tepis Tuduhan | FANTASIA NETWORK

Cedok Gaya Imran Ajmain, Hafiz Hamidun Tepis Tuduhan

Penyanyi Hafiz Hamidun menepis tuduhan kononnya dia meniru gaya nyanyian penyanyi Singapura iaitu Imran Ajmain untuk single lagu terbaharuny...

Penyanyi Hafiz Hamidun menepis tuduhan kononnya dia meniru gaya nyanyian penyanyi Singapura iaitu Imran Ajmain untuk single lagu terbaharunya, Jodoh Berdua.


Hafiz Hamidun terkejut apabila ada pihak beranggapan dia cuba meniru gaya nyanyian Imran Ajmain.

Hafiz, 29, berkata, dia terkejut apabila segelintir pihak beranggapan sedemikian kerana dia menampilkan konsep nyanyian berbeza berbanding penyanyi lain.

“Lagu Jodoh Berdua merupakan ciptaan Azlan Abu Hasan manakala liriknya pula dihasilkan oleh saya sendiri. Azlan juga pernah menghasilkan beberapa lagu untuk Imran Ajmain.


Salah satu babak dalam klip video Jodoh Berdua.

“Dan rasanya, disebabkan perkara itulah orang beranggapan saya cuba menyanyi seperti Imran. Bukan itu saja, malah ada juga peminat mengatakan saya ingin meniru cara nyanyian Anuar Zain,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada petang Selasa.

Tambah Hafiz, dia tidak mengambil perkara itu terlalu serius sebaliknya menganggap ia sebagai satu pujian daripada orang ramai.

Imran Ajmain

Malah, Hafiz turut bersyukur apabila, sikap ingin tahu itu membuatkan jumlah tontonan klip video lagu tersebut terus meningkat sehingga 118,550 tontonan sejak dia memuat naik ke laman YouTube pada 30 Disember tahun lalu.

“Bagi saya peningkatan tontonan klip video Jodoh Berdua itu adalah satu kejayaan. Alhamdulillah, ia bermakna lagu tersebut diterima ramai.

“Bagaimanapun saya harap dengan tajuk lagu itu orang tidak membuat spekulasi kononnya saya dah nak kahwin. Ia sekadar sebuah lagu yang saya tulis mengikut kata hati semata-mata,” ujarnya yang pernah meluahkan hasrat untuk melamar seorang penyanyi kelahiran sebuah program realiti.

Jom Kita Layan Video Klip Jodoh Berdua dibawah


Sumber: Mstar Online

Related

Info Artis 7475157490090569406

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item