Kantoi Dua Gadis Ini SELAMBA ‘Rembat’ Duit ATM
SEORANG wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Ain menceritakan melalui Facebooknya pada 13 Januari lalu tentang kejadian dia kehilanga...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/01/dua-gadis-ini-selamba-rembat-duit-atm.html
SEORANG wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Ain menceritakan melalui Facebooknya pada 13 Januari lalu tentang kejadian dia kehilangan RM2,000 disebabkan kecuaiannya tidak mengeluarkan kad ATM selepas selesai urusan di mesin pengeluaran wang tersebut.
Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Setapak, Kuala Lumpur.
Pada mulanya, Ain hanya menukar pendaftaran nombor telefon bimbitnya untuk perbankan internet di mesin ATM berkenaan tanpa membuat pengeluaran wang.
Selepas mendapat resit, Ain mengambil resit berkenaan dan beredar untuk ke mesin ATM bersebelahan tanpa menyedari dia masih tidak mengeluarkan kad ATMnya.
Ain hanya menyedari sesuatu yang pelik selepas pulang ke pejabat dan memeriksa akaunnya melalui internet sebelum mendapati ada pengeluaran tunai dilakukan sebanyak RM2,000.
“Selepas itu, baru sedar kad tinggal, buat laporan polis kemudian kembali ke pusat membeli-belah dan meminta rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Saya melihat kedua-dua gadis yang mengeluarkan wang saya nampak peluang itu dan tersenyum-senyum selepas berjaya mengeluarkannya, saya terlalu cuai,” katanya melalui satu status di Facebook.
Menurutnya, jika orang yang baik dan jujur pergi ke mesin ATM berkenaan saat itu kemungkinan dia tidak kehilangan wangnya.
Anda lihatlah dua gadis yang berjaya keluarkan wang Ain – gembira dan tesenyum lebar