xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Gambar Cristiano Ronaldo Pemenang anugerah Ballon d'Or 2013 | FANTASIA NETWORK Gambar Cristiano Ronaldo Pemenang anugerah Ballon d'Or 2013 | FANTASIA NETWORK

Gambar Cristiano Ronaldo Pemenang anugerah Ballon d'Or 2013

"KINI MILIK RONALDO" Pemenang Ballon d'Or dari 2000-2013 2000 - Luis Figo 2001 - Michael Owen 2002 - Ronaldo 2003...

"KINI MILIK RONALDO"

Pemenang Ballon d'Or dari 2000-2013
2000 - Luis Figo
2001 - Michael Owen
2002 - Ronaldo
2003 - Pavel Nedved
2004 - Andriy Shevchenko
2005 - Ronaldinho
2006 - Fabio Cannavaro
2007 - Kakà
2008 - Cristiano Ronaldo
2009 - Lionel Messi
2010 - Lionel Messi
2011 - Lionel Messi
2012 - Lionel Messi
2013 - Cristiano Ronaldo

Ronaldo pemain terbaik dunia
Tiada siapa yang mampu menyangkal, Cristiano ROnaldo merupakan pemain yang paling menyerlah pada tahun 2013. Memikul pasukan Portugal di atas bahunya ke Piala Dunia Brazil 2014 dengan menjaringkan hetrik ketika kemenangan ke atas Sweden pada pusingan play off membuktikan status beliau sebagai pemain terbaik di dunia sekarang ini.

Dengan rekod 69 gol untuk kelab dan negara pada tahun 2013, Cristiano ROnaldo memang menjadi pilihan utama dirambah pula dengan prestasi Lionel Messi yang kurang menyerlah setelah dia dibelenggu masalah kecederaan paha.

Mengetepikan Messi dan RIbery

 Saingan tiga penjuru untuk Ballon d'Or kali ini

Ronaldo mengetepikan Messi dan juga Ribery, yang lantang mengatkan bahawa beliau lah yang berhak untuk memenangi anugerah itu kali ini setelah membantu kelabnya, Bayern Munich menang kejuaraan treble pada musim lepas. Namun begitu, rata-rata pemerhati mengatakan pencapaian individu Ribery tidaklah sehebat Ronaldo ataupun Messi.

Lupakan kontroversi Blatter


Setelah mengugut pada mulanya untuk tidak hadir pada majlis penyampaian anugerah Ballon d'Or kerana kecewa dengan tindakan Presiden FIFA, Sepp Blatter yang mengejek Ronaldo ketika satu sidang media di Oxford, akhirnya Ronaldo bersetuju juga untuk hadir di majlis penyampaian anugera tersebut.


Terharu dengan anugerah yang diterima

Kelab Real Madrid juga bertindak dengan aktif kali ini untuk melobi Ronaldo sebagai pemenang angerah Ballon d'Or tersebut setelah diberitakan bahawa Ronaldo kecewa dengan sikap kelabnya itu pada tahun lepas kerana tidak menggunakan pengaruh untuk mengukuhkan pencalonan Ronaldo pada anugerah Ballon d'Or tersebut yang telah dimenangi oleh Lionel Messi



Berikut adalah Keputusan penuh pemenang FIFA Ballon d'Or 2013.



2013 Ballon d'Or : 1 Cristiano Ronaldo; 2 Lionel Messi; 3 Franck Ribery.


Women's world player of the year : 1 Nadine Angerer; 2 Abby Wambach; 3 Marta.


World coach of the year (men's football) : 1 Jupp Heynckes; 2 Jurgen Klopp; 3 Sir Alex Ferguson.


World coach of the year (women's football) : 1 Silvia Neid; 2 Ralf Kellermann; 3 Pia Sundhage.


Puskas Award : 1 Zlatan Ibrahimovic; 2 Nemanja Matic; 3 Neymar.

FIFA/FIFPro World XI: 

Manuel Neuer (Bayern Munich); Dani Alves (Barcelona), Thiago Silva (Paris St Germain), Sergio Ramos (Real Madrid), Philipp Lahm (Bayern Munich); Andres Iniesta (Barcelona), Xavi (Barcelona), Franck Ribery (Bayern Munich); Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Zlatan Ibrahimovic (Paris St Germain), Lionel Messi (Barcelona)

Dan Gol Terbaik Worlds Class 2013 Adalah :


Related

Info Sukan 2389745955469557214

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item