xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Gambar Kebakaran 60 Unit Kedai Di Pasar Rantau Panjang Kelantan | FANTASIA NETWORK Gambar Kebakaran 60 Unit Kedai Di Pasar Rantau Panjang Kelantan | FANTASIA NETWORK

Gambar Kebakaran 60 Unit Kedai Di Pasar Rantau Panjang Kelantan

Terlebih Dahulu admin ingin mengucapkan takziah diatas kejadian yang berlaku. Rantau Panjang: Kira-kira 60 unit kedai di Kompleks Zon Bebas...

Terlebih Dahulu admin ingin mengucapkan takziah diatas kejadian yang berlaku.


Rantau Panjang: Kira-kira 60 unit kedai di Kompleks Zon Bebas Cukai Rantau Panjang yang terkenal di kalangan pelancong musnah dalam kebakaran pada kira-kira 11.30 malam tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Abdul Jalil Ishak berkata jentera bomba bersama 33 anggota yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian berjaya mengawal api sepenuhnya dalam tempoh sejam. 

"Bomba terpaksa mendapatkan sumber air dari Sungai Golok yang terletak berhampiran selepas air pili bomba berdekatan tidak mencukupi," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. 

Abdul Jalil berkata kesemua kedai berkenaan dengan binaan kayu, yang beroperasi lebih 20 tahun di kawasan zon bebas cukai itu, terletak sebelah menyebelah menyebabkan api cepat merebak. 

"Sebahagian besar kedai berkenaan menjual pakaian dan selimut menyebabkan api lagi cepat marak," katanya. 

Beliau berkata punca kebakaran dan nilai kerugian belum dapat dipastikan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. 

Terdapat lebih 300 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan di kompleks itu yang menjadi tumpuan pelancong pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah. 

Tinjauan BERNAMA mendapati rata-rata peniaga mengetahui kedai mereka terbakar kira-kira setengah jam kebakaran terjadi. 

Seorang peniaga, Suhaida Shafie, 25, berkata dia kerugian kira-kira RM50,000 apabila semua pakaian dan selimut di kedainya musnah. 

"Keluarga saya dah berniaga di sini sejak 20 tahun lalu dan saya pilu melihat kedai milik kami musnah sama sekali," katanya. 

Seorang lagi peniaga Shamsiah Mohamad, 30, berkata dia kini buntu memikirkan masa depan apabila kedainya musnah dalam kebakaran itu. 

"Saya dah berniaga 15 tahun dan sedih memikirkan masa depan saya kerana ini adalah satu-satunya punca pendapatan saya sekeluarga," katanya. -astroawani




Related

info semasa 5708777609478731054

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item