xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Gambar Penuntut Malaysia Di Mesir Terkena peluru Sesat | FANTASIA NETWORK Gambar Penuntut Malaysia Di Mesir Terkena peluru Sesat | FANTASIA NETWORK

Gambar Penuntut Malaysia Di Mesir Terkena peluru Sesat

Seorang penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir, cedera apabila pipi kanannya terkena serpihan besi dipercayai daripada peluru se...


Seorang penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir, cedera apabila pipi kanannya terkena serpihan besi dipercayai daripada peluru sesat yang dilepaskan secara rambang oleh pihak tentera, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu waktu Malaysia, Zahid Naser berusia 27 tahun, penuntut kuliah Usuluddin universiti Al Azahar terkena peluru sesat ketika menghantar isterinya untuk menghadiri peperiksaan.

Jurucakap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dihubungi berkata, mangsa dikatakan menggunakan jalan berhampiran kumpulan penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi yang mengadakan demonstrasi aman berikutan Mursi dijadualkan dibicarakan di mahkamah pada hari sama.

Bagaimanapun, perhimpunan itu bertukar ganas apabila sekumpulan anggota tentera lengkap bersenjata api melepaskan tembakan rambang ke arah orang awam yang menyertai demonstrasi itu.

"Mangsa yang kebetulan melalui lokasi kejadian menuju ke pusat kuliah di universiti itu terkena serpihan besi dipercayai percikan peluru sesat yang mengenai mulut dan pipi kanannya,” katanya.

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, Zahid dilaporkan dalam keadaan stabil manakala isterinya yang menuntut dalam jurusan Ulum Islamiah tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Serpihan besi yang melukakan pipi mangsa berjaya dikeluarkan sebelum mangsa menerima jahitan," katanya.

Kejadian itu disifatkan berlaku secara tiba-tiba hingga menyebabkan mangsa terkandas di dalam kumpulan individu yang sedang melakukan demonstrasi itu.

Difahamkan, pihak PMRAM sudah mengeluarkan pekeliling kepada semua penuntut supaya meningkatkan tahap keselamatan dan menjauhi kawasan demonstrasi dilakukan.

Sumber: mymetro 





Related

Isu Dunia 5881086278795647592

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item