Gambar Percutian Diana Amir dan Habib di Cameron Highland
Sejak mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu, pelakon Diana Amir mendedahkan dia masih belum berkesempatan berbulan madu bersama suam...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/01/gambar-percutian-diana-amir-dan-habib.html
Sejak mendirikan rumah tangga Oktober tahun lalu, pelakon Diana Amir mendedahkan dia masih belum berkesempatan berbulan madu bersama suaminya, Mohd Habib Bullah A. Rahman.
Namun, pasangan low profile ini sempat mengambil peluang dan kesempatan bercuti bersama-sama di lokasi romantis Cameron Highland, Pahang, baru-baru ini.
Admin difahamkan, percutian mereka ke sana adalah untuk menjalani penggambaran program Romantika terbitan Astro Ria.
Memang terpancar jelas keceriaan mereka sepanjang berada di sana.
Diharapkan selepas ini hubungan mereka akan dimeriahkan pula dengan kehadiran cahaya mata yang comel-comel!
Sama-samalah kita doakan ya.
Baru-baru ni Diana Amir dengan suaminya telah bersiar-siar di peranginan tinggi, Cameron Highland. Dia dan suami pergi melawat kebun-kebun bunga serta teh yang ada di sana.