xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Golongan Remaja Mula Meninggalkan Facebook | FANTASIA NETWORK Golongan Remaja Mula Meninggalkan Facebook | FANTASIA NETWORK

Golongan Remaja Mula Meninggalkan Facebook

Kajian yang dilakukan oleh pihak Global Social Media Impact mendapati, ramai golongan remaja yang berumur diantara 16-18 tahun di 8 negara ...


Kajian yang dilakukan oleh pihak Global Social Media Impact mendapati, ramai golongan remaja yang berumur diantara 16-18 tahun di 8 negara Eropah kini mula meninggalkan facebook dan beralih arah kepada Twitter, WhatsApp, Instagram dan juga SnapChat.


Penurunan populariti facebook bagi golongan remaja tersebut disebabkan golongan tersebut tidak mahu dipantau oleh ibu bapa mereka yang turut sama menggunakan facebook.

Dari kajian yang dilakukan, kebanyakkan remaja tidak kisah untuk menggunakan perkhidmatan sosial yang lain seperti Twitter & WhatsApp walaupun perkhidmatan tersebut tidak begitu banyak fungsi dan rumit untuk digunakan.

Apa yang paling “mengerikan” bagi mereka, adalah apabila ibu-bapa mereka menghantar “request” sebagai rakan di facebook.

Dengan berkurangnya golongan remaja menggunakan facebook, adakah mungkin ianya petanda bahawa zaman kegemilangan facebook akan berakhir? Bagaimana pula dengan nasib usahawan yang menggunakan sepenuhnya facebook sebagai platform perniagaan mereka?

Walau apapun yang berlaku, sebagai usahawan yang berniaga secara online, kita mestilah sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan sentiasa peka kepada perubahan-perubahan trend ini.

Apakah persediaan anda untuk menghadapi kemungkinan ini?


SUMBER >WANGCYBER

Related

Info Fakta 3923361688291503299

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item