Imam Masjid Di Bunuh...
Innalillahiwaiinailaihirajiun... Semoga arwah dicucuri rohnya. Kejadian ini berlaku di MESIR... KAHERAH - MESIR. Imam Masjid Ali Ibn Ab...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/01/imam-masjid-di-bunuh.html
Innalillahiwaiinailaihirajiun... Semoga arwah dicucuri rohnya. Kejadian ini berlaku di MESIR...
KAHERAH - MESIR. Imam Masjid Ali Ibn Abi Talib di bandar Iskandariah dibunuh selepas pasukan keselamatan menyerbu rumah mangsa dan memukulnya beberapa kali.
Dipetik laoran Al - Jazeera, tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ke atas Sheikh Akram kerana beliau didakwa menyampaikan sentimen antikerajaan menerusi khutbah di masjid tersebut.
Ahli keluarganya mendakwa, imam terbabit turut dicampakkan dari balkoni rumah mereka ketika serbuan itu dibuat.
Dalam perkembangan lain, seramai 10 anggota Ikhwanul Muslimin telah ditahan atas kesalahan menghasut keganasan di laman sosial.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan pihak berkuasa Mesir kini menggunakan 'teknologi moden' untuk mengesan individu yang menghasut orang awam atau memuat naik maklumat
berkaitan aktiviti keganasan di negara tersebut.
sumber : sinar
"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna laman sosial yang melakukan perbuatan seumpama itu," jelas jurucakap kementerian tersebut.