xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Johor tutup pusat hiburan keluarga berunsur Judi | FANTASIA NETWORK Johor tutup pusat hiburan keluarga berunsur Judi | FANTASIA NETWORK

Johor tutup pusat hiburan keluarga berunsur Judi

Operasi besar besaran semua PBT menutup 500 pusat hiburan keluarga berunsur perjudian Kerajaan Johor mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan ...



Operasi besar besaran semua PBT menutup 500 pusat hiburan keluarga berunsur perjudian

Kerajaan Johor mengarahkan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melancarkan operasi bagi memastikan semua pusat hiburan keluarga yang berunsurkan perjudian di negeri ini ditutup sepenuhnya. Langkah itu dilaksanakan berikutan keputusan kerajaan negeri tahun lalu untuk tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan terbabit, berkuat kuasa 1 Januari lalu.operasi itu akan dilakukan secara berperingkat bagi memastikan premis hiburan itu dapat ditutup sepenuhnya. Kerajaan negeri sudah mengarahkan semua PBT di negeri ini mengambil tindakan terhadap pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih ingkar terhadap undang-undang baru ini.

Tak perbaharui lesen

“Operasi secara besar-besaran juga akan dilakukan dari semasa ke semasa. Malah, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan untuk tidak menyambung lesen lebih 100 permohonan pusat hiburan yang berunsurkan perjudian pada tahun lalu bertujuan membendung penularan dan peningkatan masalah sosial, terutama membabitkan generasi muda.

Menerusi langkah itu, Johor menjadi negeri pertama di negara ini yang menguatkuasakan larangan terbabit dan inisiatif itu dilihat akan membolehkan pelbagai kegiatan haram yang bertopengkan pusat hiburan terbabit dapat dikawal dan dibanteras.

Dijangka lebih 500 premis pusat hiburan keluarga berunsurkan perjudian yang masih beroperasi di negeri ini akan dikenakan tindakan penamatan lesen serta-merta, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Alhamdulillah sekiranya ianya benar. Sudah terang lagi bersuluh ianya merupakan benda yang haram disisi islam. Mudah-mudahan negeri-negeri lain juga dapat mencontohi dan melaksanakannya juga. 

Related

Isu Tempatan 8073570606187010937

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item