xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Jutawan China Miliki Aset Replika Piramid | FANTASIA NETWORK Jutawan China Miliki Aset Replika Piramid | FANTASIA NETWORK

Jutawan China Miliki Aset Replika Piramid

CHANGSHA – Seorang jutawan dari China, Zhang Yue yang membina sebuah replika piramid dan istana Versailles bertekad untuk membina sebuah ...


CHANGSHA – Seorang jutawan dari China, Zhang Yue yang membina sebuah replika piramid dan istana Versailles bertekad untuk membina sebuah bangunan tertinggi di dunia dalam tempoh enam bulan.

Replika istana itu hampir sama dengan Istana Versailles di Versailles, Perancis.

Ahli peniagaan berusia 53 tahun itu merancang membina menara yang dikenali sebagai Sky City yang 10 meter lebih tinggi dari bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa di Dubai yang mempunyai ketinggian 829.8 
meter.

.

Bangunan Burj Khalifa mengambil masa selama lima tahun untuk dibina.

Beliau yang dianggarkan mempunyai kekayaan bernilai AS$180 juta (RM593 juta) merancang membina bangunan berkenaan pada Jun ini dan dijangka siap pada Disember depan.

SUMBER : KOSMO

Syarikat beliau, Broad Sustainable Building sebelum ini berjaya membina sebuah hotel setinggi 30 tingkat di Changsha dalam tempoh 15 hari.

Bagaimanapun, rancangan beliau untuk membina bangunan tertinggi dunia dalam tempoh enam bulan itu mendapat halangan pihak berkuasa yang bimbang dengan faktor keselamatan bangunan berkenaan.

Pembinaan bangunan itu secara rasminya akan bermula pada tahun lalu tetapi terpaksa dihentikan atas arahan pihak berkuasa di bandar itu kerana masalah untuk mendapatkan permit. – Agensi

Related

Isu Dunia 6903999372161771073

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item