xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Kes Dera Kemaluan anak dilumur Cili | FANTASIA NETWORK Kes Dera Kemaluan anak dilumur Cili | FANTASIA NETWORK

Kes Dera Kemaluan anak dilumur Cili

KAJANG - Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-k...

KAJANG - Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih dekat sini, Sabtu lalu.



Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu.

Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

“Selain itu, wanita terbabit turut menyumbat cili dalam mulut mangsa. Terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lalu.

"Ketika kejadian, adik tiri dan nenek mangsa turut menyaksikan kejadian namun disebabkan usia nenek yang uzur, dia hanya mampu melihat sahaja tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.

Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.

Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

SUMBER :SINARHARIAN

Related

Isu Tempatan 8810977112899050704

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item