Lelaki Tetak 7 Mesin ATM
Ipoh: Gara-gara berang apabila kad juruwang automatik (ATM) miliknya ditelan mesin ATM, seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak m...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/01/lelaki-tetak-7-mesin-atm.html
Dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun berasal dari Taman Pinji Mewah Lahat dekat sini, akhirnya diberkas polis di bank berkenaan.
Sumber polis berkata, lelaki berkenaan yang dalam keadaan mabuk pergi ke bank itu untuk mengeluarkan wang sebelum usahanya tidak berhasil menyebabkan dia marah lalu ‘mengamuk’ dengan memecahkan hampir semua skrin mesin ATM di premis itu.
“Lelaki berkenaan dipercayai memasukkan nombor PIN sebanyak tiga kali untuk mengeluarkan wang di mesin berkenaan, tetapi usahanya itu gagal menyebabkan kadnya ditelan.
“Seorang pelanggan wanita yang turut melakukan urusan di sebuah mesin berkenaan melarikan diri ketika lelaki itu terus memecahkan mesin berkenaan sambil mengeluarkan kata-kata kesat,” katanya.
SUMBER :METRO