xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Remaja di Tuduh Bunuh Adik Noor Syafiqah dihadapkan di Mahkamah | FANTASIA NETWORK Remaja di Tuduh Bunuh Adik Noor Syafiqah dihadapkan di Mahkamah | FANTASIA NETWORK

Remaja di Tuduh Bunuh Adik Noor Syafiqah dihadapkan di Mahkamah

Apa nak jadi Malaysia 19 Tahun sudah bunuh orang ? ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini ...

Apa nak jadi Malaysia 19 Tahun sudah bunuh orang ?

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan Nov tahun lalu.

Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, dituduh membunuh Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di Kampung Alor Senibong, Mukim Tajar dekat sini, antara pukul 9.30 malam dan 11.30 malam pada 29 Nov 2013.

Tertuduh yang berbaju kemeja-T kuning berbelang mengangguk faham mengenai pertuduhan yang dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 


Tiada pengakuan direkodkan semasa pertuduhan dibacakan. 

Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 4 Mac ini. 

Mohd Firdaus hadir ke mahkamah tanpa diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Noor Hasnita Wan Daud.

Mayat Noor Syafikah Nadia ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 Nov tahun lalu selepas dilaporkan hilang bersama dua lagi adiknya Nur Izzati Husna Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, pada 29 Nov 2013.

Pada 1 Dis 2013, mayat adik-adiknya pula ditemui kira-kira 4 petang di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada 29 Nov untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari kampung mereka, dan tidak pulang-pulang sehingga mayat mereka ditemui.

Difahamkan Mohd Firdaus akan turut dituduh membunuh dua adik Noor Syafikah Nadia pada tarikh yang lain. 

Bernama

Related

info semasa 4773408205937076744

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item