xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Super Safee Sali Kembali Garang 2014 | FANTASIA NETWORK Super Safee Sali Kembali Garang 2014 | FANTASIA NETWORK

Super Safee Sali Kembali Garang 2014

Penyerang kebangsaan, Safee Sali kembali menunjukkan taring apabila jaringannya pada babak kedua memastikan Johor Darul Tazim (JDT) men...


Penyerang kebangsaan, Safee Sali kembali menunjukkan taring apabila jaringannya pada babak kedua memastikan Johor Darul Tazim (JDT) mengikat kelab Indonesia, Pelita Bandung Raya dengan keputusan seri 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi. 

Skuad Harimau Selatan bermula garang seawal minit kelima apabila mencetus gerakan menarik menerusi umpanan Mahali Jasuli yang pantas dikuis Luciano Figueroa kepada Amirul Hadi Zainal, namun rembatan derasnya tatkala berada dalam kotak penalti sekadar sipi dari gawang gol. 


Peluang terbaik Harimau Selatan mencipta jaringan hadir pada minit ke-16 selepas bola hantaran lintang Pablo Aimar tepat kepada Figueroa yang melonjak tinggi untuk menanduk bola, tetapi diselamatkan oleh penjaga gol, Denis Ramanov. 


Pelita Bandung Raya yang diperkuatkan dengan kelibat Bambang Pamungkas selaku penyerang utama tampak gagal untuk menembusi benteng pertahanan JDT yang dikawal kemas gandingan kapten, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Baihakki Khaizan.

Figueroa terus malang untuk mencipta jaringan pada minit ke-30 selepas hilang kawalan sebaik menerima umpanan Aimar tatkala hanya berdepan berdepan Ramanov tetapi bola sempat dikeluarkan oleh benteng pertahanan Pelita Bandung Raya.

Di sebalik kerancakan JDT mengatur serangan,skuad bimbingan Cesar Ferrando Jiminez tersentak dengan jaringan pelawat pada minit ke-40 berpunca dari sepakan lintang Agus Indra Kurniawan tepat keada TA Musafri yang menanduk bola menewaskan penjaga gol,Norazlan Razali.

Bersambung babak kedua,anak didik Jiminez kembali menguasai perlawanan sebelum Figueroa terlepas peluang terhidang pada minit ke-56 apabila bola tolakannya gagal menemui sentuhan penyudah.

Lorongan cantik Aimar pada minit ke-75 membuka ruang kepada Safee yang masuk menggantikan Figueroa apabila bijak memperdayakan benteng pertahanan lawan sebelum merembat kencang menewaskan Ramanov.

Related

Info Sukan 8664776062852821319

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item