xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Syamsul Yusof bakal bernikah Februari 2014 | FANTASIA NETWORK Syamsul Yusof bakal bernikah Februari 2014 | FANTASIA NETWORK

Syamsul Yusof bakal bernikah Februari 2014

Terlebih dahulu ucapan tahniah admin kepada Syamsul dan bakal Isteri Puteri Sarah kerana akan mengikat tali pernikahan bulan Februari ni. ...


Terlebih dahulu ucapan tahniah admin kepada Syamsul dan bakal Isteri Puteri Sarah kerana akan mengikat tali pernikahan bulan Februari ni. Jangan lupa jemput taw abang gengster.hehe



Perkara ini telah disahkan oleh ibu Syamsul sendiri iaitu Datin Patimah Ismail. Kata Datin Patimah kepada Mstar Online:-


Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah.
Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu
Menurut Datin Patimah, Syamsul Yusof melahirkan hasratnya untuk berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana selepas pulang dari menunaikan umrah baru-baru ini. Tambah Datin Patimah lagi:-

Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

Sekembalinya dia dari Umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa gembira dengan keputusannya itu

Saya lihat juga dia (Puteri Sarah) seorang yang sangat bijak malah keluarganya juga saya tengok sangat mesra dan mempunyai latar pendidikan yang tinggi.

Pilihan Syamsul, saya dan suami restu kerana kebahagiaan dia adalah kegembiraan kami sekeluarga


Alhamdulillah. Restu pun sudah ada, jadi tiada masalah untuk mengikat perhubungan ini dengan tali pernikahan. Tahniah Syamsul dan Puteri Sarah. Semoga semuanya berjalan lancar.

Related

Info Artis 6845475874140396230

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item