xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Syarat Kelayakan Dan Permohonan BB1M 2014 Baucar Buku 1 Malaysia | FANTASIA NETWORK Syarat Kelayakan Dan Permohonan BB1M 2014 Baucar Buku 1 Malaysia | FANTASIA NETWORK

Syarat Kelayakan Dan Permohonan BB1M 2014 Baucar Buku 1 Malaysia

Kelayakan Dan Permohonan BB1M 2014 Baucar Buku 1 Malaysia Terdahulu, Kerajaan menerusi pembentangan Bajet tahun 2014 telah meluluskan pe...


Kelayakan Dan Permohonan BB1M 2014 Baucar Buku 1 Malaysia

Terdahulu, Kerajaan menerusi pembentangan Bajet tahun 2014 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM325 Juta untuk pemberian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 1.3 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT)


Sehubungan itu, kepada pelajar warganegara Malaysia yang terbabit dengan BB1M berhak untuk mendapatkan inisiatif bernilai RM250 yang diberikan oleh kerajaan

Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:


KELAYAKAN DAN CARA DAPATKAN BB1M 2014 BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

Tempoh sah BB1M dan kadar nilai

  • BB1M ini sah diguna pakai selama tujuh (7) bulan sahaja iaitu mulai 1 Januari hingga 31 Julai 2014
  • Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M berjumlah RM250
  • Cara mendapatkan dan tanggungjawab menggunakan BB1M RM250


  • Pelajar tidak perlu mengemukakan permohonan secara bertulis, sebaliknya akan dimaklumkan mengenai agihan BB1M oleh institusi pengajian atau pelajar boleh membuat tuntutan dengan berurusan melalui pihak institusi tersebut jika belum menerima BB1M tahun 2014
  • Sebaik sahaja menerima BB1M tersebut pelajar dikehendaki mengisi pada ruangan nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon pada setiap keping BB1M
  • Pelajar perlu menggunakan BB1M di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini dengan mengemukakan BB1M dan kad pengenalan
  • Sebagai makluman BB1M ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik/jurnal/majalah ilmiah berdasarkan kepada keperluan institusi masing-masing
  • Pembelian yang melebihi RM250 adalah di bawah tanggungan pelajar dan tuntutan tambahan tidak boleh dibuat kepada Kerajaan
  • Adalah ditegaskan bahawa BB1M tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga


Objektif utama pemberian BB1M adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia


Related

Info Pendidikan 5496399775819055603

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item