xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Tips Tidak Mahu Hati Terluka Dan Terasa Hati | FANTASIA NETWORK Tips Tidak Mahu Hati Terluka Dan Terasa Hati | FANTASIA NETWORK

Tips Tidak Mahu Hati Terluka Dan Terasa Hati

Kenapa perlu marah-marah, stress dan sebagainya semua itu menambahkan lagi rasa sakit hati kita. Semua orang kalau boleh tak nak hati...



Kenapa perlu marah-marah, stress dan sebagainya semua itu menambahkan lagi rasa sakit hati kita. Semua orang kalau boleh tak nak hatinya terluka dan dilukai hidup riang tenang, ceria dan gembira sentiasa. Seandainya kita ingin menjaga hati kita sendiri dan orang lain dari daripada perasaan sakit hati tolonglah jangan berfikiran negatif, menerima pandangan orang lain, menerima jika kita rasa memang kita bersalah, jangan terlalu berharap, jangan meminta simpati, jangan cepat buat andaian sendiri dan jangan bercakap perkara yang bukan-bukan kerana situasi ini lebih mengundang menambahnya sakit hati kita dan orang lain…

Tahu had serta batasan bersama dengan sesiapa sahaja, tahu di mana kita berpijak jangan hidup dalam dunia fantasi semata-mata, jangan sampai kata dek orang kita ini duduk didalam dunia kita sahaja tanpa mengambil tahu hal orang lain, paling penting juga kita tahu peranan kita dalam perhubungan atau erti sebuah persahabatan tersebut.

Dan tolong jangan mudah terpengaruh dengan orang dan keadaan sekeliling, jangan cepat salah sangka, jangan paranoid tunggu sesuatu dengan sabar dan tenang. Penting juga berfikir dahulu sebelum berkata-kata, jangan berkata-kata dahulu kemudian baru nak berfikir. Bak kata pepatah sesal dahulu pendaptan sesal kemudian tidak berguna.

Ikutlah keadaan semasa dan hiduplah dengan cara yang tenang. Sentiasa positifkan diri, redha dengan ketentuan Ilahi, percaya kepada qada dan qadar serta yakin ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.

Dengan cara sedemikian kemungkinan untuk hati terluka lebih teruk atau rasa sakit hati itu mungkin boleh dikurangkan. Tapi….jika sudah ditakdirkan untuk merasai perasaan kecewa itu, terpaksalah hadapi dengan tabah dan berusahalah untuk membaikinya.

Moralnya, kehidupan ini bukan satu perkara mudah seandainya kita ingin menjaga hati semua pihak… tentu ada yang bersetuju dengan cara kita, tidak kurang mungkin ada yang tidak setuju. Berbuatlah yang temampu dek kita bagi menyenangkan semua pihak. Sendainya masih ada pihak yang kurang senang biarkan sahaja tepuk dada tanya iman. Paling simple hidup ini berbicaralah perkara yang baik atau berdiam diri dalam ertikata bercakap perkara yang perlu sahaja lebih memudahkan untuk kita menjalani kehidupan kita ini.


Related

Motivasi 54996627116583345

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item