xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Wanita Tuntut Sperma Tunang Yang Sedang Nazak | FANTASIA NETWORK Wanita Tuntut Sperma Tunang Yang Sedang Nazak | FANTASIA NETWORK

Wanita Tuntut Sperma Tunang Yang Sedang Nazak

Tidak pasti kerana cinta atau harta, seorang wanita berusaha menuntut sperma tunangnya yang sedang nazak di Mahkamah Tinggi London. ...


Tidak pasti kerana cinta atau harta, seorang wanita berusaha menuntut sperma tunangnya yang sedang nazak di Mahkamah Tinggi London.


Mengikut undang-undang yang telah diperuntukan, sperma tidak boleh diberikan tanpa kebenaran individu itu.

Sumber asal: Daily Mail

Wanita yang dikenali sebagai AB itu berkata, dia mahu menyimpan sperma tunangnya, P, dan akan digunakan pada masa akan datang bagi mendapatkan anak yang juga pewaris lelaki itu.

P merupakan seorang pelabur bersara yang kaya dan telah diserang sakit jantung sebanyak empat kali.

Dia dijangka tidak mampu bertahan kerana penyakitnya itu dan boleh meninggal dunia bila-bila masa sahaja.

Peguam AB berkata, pasangan itu sudah bersama sejak beberapa tahun lalu dan kerap kali berbincang mengenai perkahwinan dan anak.

Wanita itu juga percaya jika tunangnya sedar mengenai apa yang berlaku, dia pasti memberi keizinan kepadanya untuk mendapatkan sperma itu.

Kes tersebut mendapat perhatian ramai dan keputusan menganai tuntutan itu belum dibuat oleh mahkamah.


Related

Info Pelik 5060604806015953013

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item