xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Ainan Tasneem Kemalangan Kereta Masuk Longkang... | FANTASIA NETWORK Ainan Tasneem Kemalangan Kereta Masuk Longkang... | FANTASIA NETWORK

Ainan Tasneem Kemalangan Kereta Masuk Longkang...

Innalillahiwainnailaihirojiun, Admin terkejut dengar berita mengenai penyanyi yang popular dengan lagu Ak Suka Dia, Ainan Tasneem dilaporkan terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kangar, Perlis malam tadi.
Kalau tidak silap sebelum ini, Ainan Tasneem pernah juga terlibat dalam kemalangan tahun lepas. Emm benda nak jadi kadang-kadang susah nak jangka. Apa yang penting kita di jalanraya perlu berhati-hati.



Jom ikuti apa kata Ainan Tasneem :

"Kemalangan berlaku dalam perjalanan ke Sungai Chuchuh ke Wang Ulu melalui jalan Sungai Batu Pahat. Jalan sangatlah licin.

"Kawan baik saya yang memandu kereta mengalami sedkit trauma," maklumnya menerusi laman sosial Instagram miliknya.



Ainan turut meminta pihak media supaya memberikannya sedikit masa sebelum sebelum diajukan berhubung insiden itu."Terima kasih di atas keprihatinan anda semua.. jujur saya sangat terharu dan menghargai. Cuma berikan sedikit masa kepada saya untuk berehat...," katanya.



Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan.

P/s : Pandu berhati-hati jiwa selamat. Seram dengar bab-bab kemalangan ini.

Related

Info Artis 2858613775459527378

Catat Ulasan

  1. siannye nmpk mcm trok tapi alhamdullilah sebab ainan slamat

    BalasPadam
  2. la yeke xtau plak sian3 perlis tempat aku,aku dok area arau :cry:

    BalasPadam

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item