xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Facebook Membeli WhatsApp, Rakyat Malaysia Lebih Bersemangat ? | FANTASIA NETWORK Facebook Membeli WhatsApp, Rakyat Malaysia Lebih Bersemangat ? | FANTASIA NETWORK

Facebook Membeli WhatsApp, Rakyat Malaysia Lebih Bersemangat ?

Seperti yang admin dan ramai orang tahu mengenai Facebook membeli applikasi sosial popular iaitu Whatsapp rata-rata tidak mengambil pendekatan yang positif. Nak tahu positif atau tidak jom ikuti laporannya dibawah :



Bukan lagi rahsia apabila Facebook sendiri mendedahkan mereka berminat membeli syarikat pemula yang mengendalikan mesej mudah alih, WhatsApp, pada harga RM62.66 bilion yang dikatakan langkah tidak masuk akal.

Boleh Jadi Jutawan Bina Applikasi

Pembelian dalam bentuk tunai dan saham dicetuskan pengasas Facebook yang mengidamkan platform mudah alih terutama selepas kegagalan aplikasi mesej sendirinya, Facebook Messenger agak lambat mendapat sambutan.


Meskipun ia perlawanan antara dua organisasi yang mempunyai kuasa dalam industri masing-masing, tempiasnya masih boleh terkena di ‘muka’ pengguna terutama di Malaysia yang mencatat pertumbuhan penggunaan telefon bimbit lebih 143 peratus sehingga hujung tahun lalu.

Impaknya terlalu besar untuk rakyat Malaysia apabila 30 peratus pengguna telefon bimbit juga boleh dikategorikan pengguna telefon pintar.

Kini, lebih 42.2 juta telefon berada di Malaysia dan bayangkan kira-kira 12.6 juta pengguna telefon pintar yang menguasai 30 peratus angka terbabit jelas menunjukkan kuasa pemilikan telefon yang bertambah.

Dikhabarkan lebih 80 peratus pengguna telefon pintar di Malaysia adalah pemakai aplikasi Whatsapp sekali gus menjadikannya antara pasaran terbaik bagi industri mudah alih.

Peluang seperti itu cepat dihidu individu seperti Mark Zuckerberg yang mempunyai agenda besar dengan pengambilalihan Whatsapp.

Bayangkan saja, anggaran lebih 10 juta pengguna Whatsapp di Malaysia secara tidak langsung memberi kuasa kepada Facebook untuk memperoleh 10 juta nombor telefon pengguna yang jelas menampakkan senyum lebar kepada potensi pengiklanan.

Lebih-lebih lagi, penggunaan telefon bimbit di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Pasifik malah peratusan peningkatannya jauh mendepani negara maju di Amerika Syarikat dan Eropah.

Laporan agensi penyelidik Nielsen pernah mendedahkan trend terkini menyaksikan Malaysia mencatatkan kadar penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Si-ngapura (87 peratus) selain mengalahkan Australia (75 peratus) dan China (71 peratus). Tidak hairan juga, peng-guna Whatsapp di Malaysia jauh lebih baik berbanding pengguna FB yang menambah nafsu Zuckerberg untuk membeli aplikasi terbabit.

Pengasas Bersama MobileFest iaitu kumpulan berkaitan mudah alih, Samuel Tan berkata, pengambilalihan terbabit sepatutnya tidak memberi kesan kepada rakyat negara ini dari segi penggunaan.



“Jika kita meneliti syarat dan terma dalam Whatsapp, ia akan menyimpan kerahsiaan maklumat pengguna dan kami jangkakan ia kekal meskipun diambil alih,” katanya.

Beliau memaklumkan, walaupun terdapat perubahan pemilikan sekarang, bahagian privasi pengguna perlu dikendalikan dengan berhati-hati terutama apabila aplikasi ini digunakan lebih 500 juta pengguna dengan satu juta pengguna bertambah setiap hari.

“MobileFest melihat ia sebagai pengambilalihan biasa kerana itu adalah salah satu cara perniagaan itu berjalan.

“Apabila syarikat mampu membeli dan bukannya bermula dari awal untuk membangunkan sesuatu produk, kompetitif yang sama, membelinya adalah pilihan paling mudah,” kata Tan.

Beliau menambah, peng-guna seharusnya memper-oleh lebih banyak inovasi selepas ini seperti yang disaksikan apabila FB membeli Instagram.

“Namun sebagai peng-guna, kita boleh mendesak Facebook mengekalkan aplikasi Whatsapp secara percuma,” katanya.

Tan memaklumkan, FB juga perlu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang dikuat-kuasakan sejak 15 November lalu sekiranya mengambil alih Whatsapp.

“Ia bermakna, FB tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan data Whatsapp untuk kepentingan lain,” katanya.

Akta itu digunakan untuk menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan serta keutuhan rangkaian dalam perlindungan data di negara ini.

Menerusi akta berkenaan, mereka yang mempunyai data pengguna dari 11 sektor seperti komunikasi, insurans, perkhidmatan dan jualan langsung akan lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat peribadi individu kepada pihak luar.

Semua data peribadi yang dilindungi mengikut Akta 709 termasuk nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor pasport, maklumat kesihatan, e-mel, gambar, imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan maklumat dalam fail peribadi.

Dari aspek perniagaan, kejayaan Whatsapp seharusnya mendorong syarikat pemula teknologi di negara ini berusaha gigih bagi memastikan kejayaan produk berasaskan inovasi unik yang mengikut selera dunia serta tidak berputus asa.

Jan Koum, 37, mengasaskan aplikasi WhatsApp bersama Brian Acton pada 2009 dan lima tahun kemudian aplikasi itu dianggar bernilai RM22.4 bilion. 

Mengikut ceritanya, Acton pernah ditolak daripada bekerja dengan FB pada 2009.

Dalam status di akaun Twitternya ketika itu, Acton menulis, “Facebook menolak permohonan saya untuk bekerja dengan mereka. Ia peluang yang berharga untuk berhubung dengan orang yang hebat. Tak mengapa, bersedia untuk cabaran kehidupan seterusnya.”

Nada kecewa terbabit terus berpanjangan apabila resume beliau turut ditolak satu lagi laman sosial popular, Twitter pada tahun yang sama.

Pengarah Urusan Terato Tech Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertanggungjawab membangunkan aplikasi, Reza Razali berkata, pembangun aplikasi tempatan perlu melihat adegan FB Whatsapp sebagai penguat semangat sekiranya mereka komited dalam kerja masing-masing.

“Anda perlu lihat bagaimana jika anda fokus membangunkan produk yang baik, ia berpotensi untuk berjaya,” katanya.

Namun menurut Reza, pembangun tempatan juga perlu realistik dengan model perniagaan mereka dan tidak mengharapkan syarikat seperti FB akan membeli mereka pada harga berbilion ringgit.

“Sebaiknya, kita perlu model perniagaan yang mampu mengekalkan saingan dan realistik,” katanya.

WhatsApp yang berpangkalan di Lembah Silikon seperti ‘kisah paripari’ bagi sebuah syarikat pemula.

Pengguna aplikasi Whatsapp naik mendadak kepada 450 juta dalam tempoh lima tahun dan menokok kira-kira sejuta pengguna baru setiap hari.



Zuckerberg sebelum ini mengejutkan dunia dengan janji niaga hampir RM3.3 bilion untuk membeli pe-ngendali khidmat perkongsian gambar Instagram dalam tempoh hujung minggu pada pertengahan 2012.

Beliau mencadangkan penggabungan FB Whatsapp pada satu makan malam dengan Jan Koum, 9 Februari lalu.

P/s : Pada admin bagus setiap pembangunan applikasi ada pro dan kontranya. Sama juga internet ini,kalau baik kita guna baiklah ia. Ok itu sahaja. Jangan Lupa LIKE dan SHARE

Related

Info Fakta 5452680412375073565

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item