Fizz Fairuz Bakal Nikah Almy Nadia 30 Mei 2014
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/fizz-fairuz-bakal-nikah-almy-nadia-30.html
Wah dunia Artis tahun 2014 ni ramai nak melangsungkan perkahwinan. Terbaru mesti peminat ramai terkejut di mana pelakon kacak Fizz Fairuz mengumumkan dia dan kekasihnya Almy Nadia bakal mendirikan rumahtangga pada 30 Mei 2014 mengadakan resepsi perkahwinan keesokan harinya di Pulau Pinang.
Sedia maklum sebelum ini pasangan ini sering dilanda kontroversi. Maklumla dunia hiburan kan. Namun semuanya sudah terjawab apabila Fizz Fairuz akan yang mereka sudah bertunang pada bulan Oktober yang lalu & kini sedang giat membuat persiapan perkahwinan.
Dalam pada itu, Almy yang masih terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Fizz semalam mengesahkan mereka bakal berkahwin Mei ini. Pelakon Nur Kasih itu bakal memberi wang hantaran berjumlah RM20,000 & sudah menetapkan destinasi berbulan madu iaitu Maldives.
Syukur Alhandulillah kerana akhirnya doa kami dimakbulkan. Setelah pelbagai dugaan yang kami tempuhi, akhirnya kami bakal menerajui bahtera perkahwinan bersama.
Ditanya mengenai kontroversi yang pernah menghimpit hubungan mereka sebelum ini, Almy berkata masing-masing sudah melupakan perkara yang sudah lepas.
Apa yang terjadi kami jadikan sebagai pengajaran. Ini semua kuasa Allah, mungkin sudah tertulis jodoh kami kuat dan kini kami sudah bersedia untuk melangkah ke fasa lain dalam kehidupan kami.
Semua manusia membuat kesilapan, bagi saya, yang sudah lepas tu biarlah lepas, saya lebih berfikiran positif dan berdoa semoga setiap hari akan ada perkara baik berlaku.
Almy Nadia turut meminta para peminatnya mendoakan kebahagiaan mereka berdua sehingga akhir hayat. Tahniah untuk Fizz dan Almy.
P/s : Jangan lupa jemput admin ye. hehehe