xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Harga Tiket Cecah RM2K Konsert Shah Rukh Khan dan Madhuri Dixit di Stadium Merdeka | FANTASIA NETWORK Harga Tiket Cecah RM2K Konsert Shah Rukh Khan dan Madhuri Dixit di Stadium Merdeka | FANTASIA NETWORK

Harga Tiket Cecah RM2K Konsert Shah Rukh Khan dan Madhuri Dixit di Stadium Merdeka

Siapa yang tidak mengenali Shah Rukh Khan dan Madhuri Dixit... Hero dan Heroin ini memang sangat meletop di seluruh Dunia. Apa yang mengeju...

Siapa yang tidak mengenali Shah Rukh Khan dan Madhuri Dixit... Hero dan Heroin ini memang sangat meletop di seluruh Dunia. Apa yang mengejutkan admin Tiket cecah RM2000... Peh, ini kalau di buat BR1M ok jugak..hahaha. Nak tahu kenapa tiket cecah RM2K ? Laporan di bawah :




DATUK Shah Rukh Khan dan artis Bollywood yang lain akan menjayakan konsert Temptation Reloaded pada 15 Februari ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Harga tiket untuk konsert yang di beri nama ‘Temptation Reloaded bersama Datuk Shah Rukh Khan’ itu akan dijual pada harga RM2,000 untuk tempat duduk jenis Diamond.

Tiket lain boleh didapati dari harga RM1000 sehingga RM100 mengikut barisan tempat duduk yang disediakan.



Lebih menarik, Shah Rukh Khan akan turut membuat persembahan bersama nama besar lain seperti Madhuri Dixit, Rani Mukerji, Jacqueline Fernandes, Arijit Singh dan Mr Meiyang Chang.

Konsert ini dibawakan oleh We love Asia dan Hitman Solutions serta disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Visit Malaysia 2014.

Turut sama menaja adalah Astro dan Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket boleh layari laman web rasmi Temptation Reloaded.

Related

Info Artis 3923268259383332057

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item