xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Kemalangan di Lebuhraya AMJ,Tak sangka Sambut Jenazah Anak | FANTASIA NETWORK Kemalangan di Lebuhraya AMJ,Tak sangka Sambut Jenazah Anak | FANTASIA NETWORK

Kemalangan di Lebuhraya AMJ,Tak sangka Sambut Jenazah Anak

Takziah buat keluarga mangsa.. Admin ingin mengingatkan kepada semua pengguna-pengguna jalan  raya moga berhati-hati semasa memandu. Emm st...

Takziah buat keluarga mangsa.. Admin ingin mengingatkan kepada semua pengguna-pengguna jalan  raya moga berhati-hati semasa memandu. Emm statistik kemalangan di Malaysia kalau disemak memang sangat tinggi... Kes kemalangan yang berlaku di lebuhraya AMJ sangat menyayat hati jom ikuti laporannya :

Melaka: “Arwah sepatutnya pulang ke rumah jam 4 pagi tapi tidak sangka pada waktu itu saya terpaksa menyambut jenazahnya di bilik mayat,” kata Rosita Abu Bakar, 47, ibu kepada Muhammad Redzuan Rosli, 20, yang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di jejambat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), Bukit Palah di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, kejadian jam 3.30 pagi dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang remaja lelaki merempuh belakang kereta dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun. 

Pada masa sama, motosikal ditunggang Muhammad Redzuan gagal mengelak kemalangan lalu merempuh belakang kereta terbabit mengakibatkan dia tercampak ke lorong kiri, manakala kereta itu berganjak ke lorong kanan. 

Kemalangan itu mengakibatkan mangsa parah di kepala mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan.


ANGGOTA keluarga menatap wajah mangsa yang maut.

Rosita berkata, dia hanya mengetahui kejadian malang menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu selepas seorang daripada rakan mangsa datang ke rumahnya memaklumkan kejadian itu.

“Saya dimaklumkan arwah kemalangan dan dibawa ke Hospital Melaka sebelum bergegas ke sana bersama suami melihat keadaannya. 

“Namun, apabila tiba di Jabatan Kecemasan kami dimaklumkan tiada pendaftaran pesakit atas nama arwah sebelum suami dihubungi seseorang memaklumkan arwah terbabit kemalangan membabitkan seorang meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka (HM), di sini, semalam. 

Menurutnya, sebelum kejadian, arwah yang juga penuntut tahun dua sebuah institusi pengajian tinggi di Perlis memaklumkan mahu keluar makan bersama rakan di restoran berhampiran lokasi kemalangan. 

Sumber : Metro

“Saya sempat berpesan kepada Muhammad Redzuan supaya pulang awal dan dia menyatakan akan pulang jam 4 pagi, tidak sangka dia meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke HM.

P/S: Semoga anda ingat orang yang tersayang...

Related

Isu Tempatan 722252230620729276

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item