Nabil Raja Lawak Dikecam Peminat dan Kecewa...
Inilah Lumrah menjadi artis.. ada suka ada duka.. nak atau tidak kena terima dengan terbuka.. dan paling penting bersabar dan jangan mudah ...
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/nabil-raja-lawak-dikecam-peminat-dan.html
Inilah Lumrah menjadi artis.. ada suka ada duka.. nak atau tidak kena terima dengan terbuka.. dan paling penting bersabar dan jangan mudah melenting...
Ternyata bukan mudah menjadi anak seni, lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang pelawak yang bertanggungjawab menghiburkan hati penonton. Perkara yang sepatutnya hanya menjadi modal bahan lawak telah diperbesarkan tanpa menggunakan alasan yang relevan.
Pelawak dan pelakon popular, Nabil Ahmad dikecam hebat baru-baru ini berikutan persembahannya pada program "Maharaja Lawak Mega 2013" yang dikatakan telah mengaibkan salah seorang juri tetap rancangan itu, Luna Maya dengan mengaitkan kisah silamnya.
Nabil bagaimanapun telah tampil bagi menjawab dakwaan tersebut dan berkata sepatutnya masyarakat perlu bersikap lebih terbuka kerana dia tidak bercakap sebarang perkara mengaibkan aktres jelita dari Indonesia itu.
"Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat. Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya Google nama Luna Maya, saya jumpa gambar.
"Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tidak kisah pun. Jadi kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa," ujar Nabil kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Sementara itu, Nabil berkata, dia tidak akan membuat permohonan maaf kerana baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap Luna Maya.
Lain kali, kalau nak berlawak boleh, cumanya janganlah keterlaluan sehingga aib orang lain dibuka sama.
Bak kata Jep Sepahtu dalam satu lawaknya, “biar tak lawak, asalkan jangan biadap”.
Jom Layan Nabil di MLM 12