xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Pengantin Rugi RM60K, Majlis Perkahwinan Bertukar Maulud Nabi | FANTASIA NETWORK Pengantin Rugi RM60K, Majlis Perkahwinan Bertukar Maulud Nabi | FANTASIA NETWORK

Pengantin Rugi RM60K, Majlis Perkahwinan Bertukar Maulud Nabi

Apa nak jadi....Kesian pon ada tapi inilah realitinya berlaku di Kelantan : Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan manis seu...

Apa nak jadi....Kesian pon ada tapi inilah realitinya berlaku di Kelantan :

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi kenangan manis seumur hidup bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang pensyarah institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Malang buatnya apabila bakal suaminya itu tidak muncul-muncul pada hari pernikahan mereka kelmarin, menyebabkan keluarga terpaksa menukar majlis menyambut menantu kepada majlis sambutan Maulidur Rasul.

Pensyarah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Yaya (bukan nama sebenar), 28, berkata, pernikahannya sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di Pengkalan Chepa di sini, jam 3 petang, namun pengantin lelaki tidak muncul selepas tiga jam menunggu.

Kejadian itu menyebabkan dia bukan sahaja trauma dan hilang keyakinan diri, malah ahli keluarganya mengalami kerugian hampir RM60,000.

Menurutnya, dia mengenali bakal suaminya itu melalui laman website mencari jodoh pada Mei tahun lalu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama.
Kenal lima bulan

“Saya malu dengan kejadian ini kerana ia melibatkan maruah keluarga. Saya langsung tidak menyangka dia sanggup menipu. Kami pernah beberapa kali bertemu dan saya percayakannya walaupun baru mengenalinya dalam tempoh lima bulan sebelum majlis merisik.

Pengantin lesap, rugi RM60,000

“Sebelum ini juga dia mengaku bujang dan bekerja di salah sebuah syarikat swasta terkenal di Baling, Kedah,” katanya.

Yaya mendakwa, sebelum majlis akad nikah, dia dipujuk lelaki terbabit untuk memasukkan sejumlah wang selepas lelaki tersebut memberikan alasan ia diperlukan untuk persediaan perkahwinan dan wang hantaran.

“Saya memasukkan wang dua kali. Mula-mula RM10,000 dan sekali lagi sebanyak RM15,000 setelah mengetahui dia mempunyai banyak komitmen. Tidak terlintas dalam fikiran saya yang dia akan bertindak begini," katanya yang mengakui lelaki itu adalah cinta pertamanya.

Menceritakan semasa majlis pernikahan itu, beberapa ahli keluarga terdekat mencari lelaki terbabit di rumah ibu bapanya di sebuah kampung di pinggir Kota Bharu namun hanya ibu bapa lelaki itu sahaja yang muncul.

“Dia tiada di rumah, hanya ibu bapa sahaja yang ada tetapi mereka bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bapanya beritahu anaknya telah berkahwin dan tidak mempunyai kerja tetap.

“Kalau betul sekalipun, sepatutnya hal ini dibincangkan dan bawa berunding kerana ia melibatkan maruah keluarga,” katanya yang kehilangan ayah pada 1999.

Yaya mengakui amat sedih dengan kelakuan bakal suaminya itu yang tidak memberitahu perkara sebenar sejak awal lagi sehingga keluarganya telah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka.

Pengantin lelaki gagal dihubungi

Sementara itu, abang mangsa, Man (bukan nama sebenar), 38, berkata, laporan polis dibuat selepas lelaki itu gagal dihubungi dan malu kerana ia melibatkan maruah keluarga.

"Saya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila dia meminta adik memasukkan RM25,000 untuk persiapan perkahwinan mereka, namun saya masih lagi berfikiran positif.

“Kira-kira jam 11 pagi kelmarin (Jumaat), kami menunggu pengantin lelaki yang berjanji untuk menghantar borang perkahwinan, namun sehingga jam 5 petang, dia tidak hadir menyerahkan borang mahupun muncul pada majlis nikah sedangkan kami telah menyediakan jamuan dan memanggil imam masjid untuk akad nikah,” dakwanya.

Menurutnya, majlis kenduri terpaksa diteruskan kerana kad perkahwinan telah diedarkan dan jemputan dibuat sejak dua bulan lalu.

Ibu mangsa yang enggan dikenali pula berkata, dia tidak menyangka bakal menantunya itu sanggup memalukan anak perempuannya.

Pengantin lesap, rugi RM60,000


"Saya merestui hubungan mereka tetapi tidak sangka begini jadinya. Mereka mengenali antara satu sama lain selama lima bulan dan tarikh 1 Februari ini dipilih sempena hari lahir bakal suami anak saya.

“Semasa merisik, ibu bapanya datang pada waktu malam (sepatutnya selepas solat Asar) dengan hanya sebuah kereta dan dari situ, kami rasa pelik. Mereka memberikan alasan kereta rosak tetapi kami masih menerima dengan baik dan fikir positif tetapi begini akhirnya. Kami bukan berkira pasal duit tetapi ini melibatkan maruah," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

SUMBER - SINAR

Related

info semasa 989081756802781061

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item