xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Pengurus Restoran Pizza Hut Kencing Di Sinki !!! | FANTASIA NETWORK Pengurus Restoran Pizza Hut Kencing Di Sinki !!! | FANTASIA NETWORK

Pengurus Restoran Pizza Hut Kencing Di Sinki !!!


Jijik ke Geli ? hehe itulah yang berlaku kepada Pengurus Pizza Hut. 

Sebuah restoran Pizza Hut yang terletak di Mingo County, West Virginia, Amerika Syarikat terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas pekerjanya didapati kencing di sinki restoran tersebut.

Sebaik rakaman CCTV perbuatan menjijikkan itu diketahui, restoran tersebut terus diarahkan tutup oleh jabatan kesihatan tempatan untuk menjalani pemeriksaan kebersihan dan kesihatan.

Hal ini kerana perbuatan itu dikhuatiri memberi kesan pada pengguna memandangkan sinki sama digunakan untuk mencuci peralatan yang digunakan untuk memasak makanan dan menghidangkannya pada pelanggan.

Pizza Hut Corporation mengesahkan, lelaki dalam video terbabit adalah Pengurus Daerah mereka yang telah dipecat serta merta kerana tidak mengikut standard operasi dan mencemarkan nama baik syarikat.

Bagaimanapun, jurucakap Pizza Hut turut menjelaskan bahawa perbuatan itu dilakukan selepas waktu operasi.


Macam-macam perangai di Restoran. Nasib baiklah tidak berlaku di Malaysia. Tapi sebelum ini, admin ada berkongsi mengenai seorang pekerja Mamak membasuh kuali dengan air longkang. huhu. Rajin-rajin cari dimana artikel tu. 

p/s : Ambil pengajaran kepada pengusaha Restoram di Malaysia khususnya.

Related

Info Pelik 4281397880721490685

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item