xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Rakyat Suka Hati Terima BR1M Awal... | FANTASIA NETWORK Rakyat Suka Hati Terima BR1M Awal... | FANTASIA NETWORK

Rakyat Suka Hati Terima BR1M Awal...

Salam Sejahtera kepada semua pembaca Fantasia Media. Alhamdulillah hari ini admin nak berkongsi berita yang mana bantuan BR1M 2014 akan diedar mulai 22hb Februari 2014. Namun begitu ada diantara rakyat Malaysia sudah pon menerima bantuan tersebut terutama golongan Bujang. Wah, apalagi jom enjoy. haha. Memetik laporan Sinar Harian, ada diantara rakyat Malaysia telah menunjukkan printshort sebagai bukti bahawa mereka telah menerima BR1M 2014. Tahniah la admin ucapkan. 


Admin pon tengah menanti saat paling gembira 2014. hehe.


Seorang pemilik Facebook, Pakcu Sofi turut berkongsi berita itu bersama rakan di laman sosial tersebut.

"BR1M telah masuk, boleh bayar cukai jalan.

"Saya telah dengar BR1M masuk, jadi saya cuba semak akaun bank saya.

"Saya semak hari ini, saya agak terkejut ada jumlah RM300 dalam akaun saya," tulisnya.

Bantuan berkenaan dimasukkan ke akaun miliknya semalam.

Selain itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook, Azlan InThe House turut menyatakan bantuan kerajaan itu telah diterimanya.

"Alhamdulillah, saya sudah dapat duit BR1M. Terima kasih kerajaan Malaysia.

"Harap dapat lagi tahun-tahun mendatang," katanya.



Seorang lagi pemilik akaun Facebook menggunakan nama King Jason turut berkongsi telah menerima bantuan BR1M semalam.

"BR1M sudah masuk. Jimat cermat ya," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan BRIM 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya.



P/s : Dah dapat Bantuan tu jangan merungut, bersyukur orang nak bagi. hehe . Tiada kaitan politik disini. Apapon Malaysia Masih Aman. hehe

Related

info semasa 6087222501643037282

Catat Ulasan

  1. tak paham kenapa setengah orang mmg tak reti nak bersyukur bila dapat BR1M ni. bila dah dapat bising siap perli2 gov. boleh buat deposit itu ini, beli itu beli ini. mmg lah bukan sprti ape yg dikatakan sebelum ni dapat banayk ini itu.
    "duit BR1M bodoh" ni? walaupun panggil bodoh, kenapa nak tehegeh2 nak mintak?
    sudah2 lah wahai org melayu.. sampai bila nak jadi mcm ni..
    bersyukur bila dah dapat. yang penting boleh cover duit kita yg dah luak tu.
    aku tau aku akan dipanggil macai sbb sebelahkan kerajaan.
    tak kisah lah korang paggil ape ke.. yang paggil macai tu lah sebenarnye "macai"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Bersyukurlah... Klu rasa tak puashati, Aman Palestin & Muslim Society Care tgh kempen bantuan. Sedekahlah ke sana.

    BalasPadam

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item