xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Sensasi!!! Sharnaaz Dedah Kronologi Pertelingkahan Dengan Fauzi dan Lisdawati | FANTASIA NETWORK Sensasi!!! Sharnaaz Dedah Kronologi Pertelingkahan Dengan Fauzi dan Lisdawati | FANTASIA NETWORK

Sensasi!!! Sharnaaz Dedah Kronologi Pertelingkahan Dengan Fauzi dan Lisdawati


Ikuti kronologi dan pendedahan oleh pelakon yang popular dengan nama Lan Todak ini dibawah ?:

Berdepan saman maksimum! Itu kata-kata amaran dari Sharnaaz ditujukan kepada pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi & Lisdawati yang sebelum itu telah mengeluarkan kenyataan kepada pihak media kononnya Lisdawati diancam & diugut oleh Sharnaaz di lokasi pengambaran.


Pertelingkahan di antara Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad bermula sejak 19 Februari 2014 apabila Sharnaaz didakwa menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

19 Februari 2014 - Sharnaaz Ahmad telah menengking Lisdawati. Lisdawati bertindak berdiam diri bagi mengelak perkara bertambah buruk dan selepas penggambaran. Selesai penggambaran, Lisdawati memaklumkan perkara itu kepada suaminya, Fauzi Nawawi.


21 Februari 2014 - Seperti yang dilaporkan oleh pasangan tersebut, Sharnaaz Ahmad didakwa sekali lagi menyerang Lisdawati di lokasi penggambaran di Sungai Buloh tetapi berjaya dihalang kru penggambaran.

24 Februari 2014 - Lisdawati ditemani suami, Fauzi Nawawi membuat laporan polis dan membuat press conference menerusi Harian Metro. Fauzi Nawawi turut sama berkongsi SMS berbaur ugutan yang dihantar Sharnaaz:

"Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harp lu faham. Ini kali kita kasi habis."

Sharnaaz yang dihubungi oleh pihak media pada hari yang sama enggan meminta maaf dan yakin bahawa dirinya tidak bersalah.

25 Februari 2014 - Melalui portal Murai, Sharnaaz berkata dia tidak bodoh hendak menyerang atau memukul seorang wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibunya juga seorang wanita. Dia mengakui bahawa Lisdawati telah menfitnahnya dalam kenyataan menyerang Lisdawati di lokasi.



Sharnaaz menjelaskan terdapat 15 orang di lokasi penggambaran ketika kejadian itu berlaku dan Lisdawati telah memutarbelitkan cerita kononnya dia bersalah.

Tonton penjelasan eksklusif Sharnaaz Ahmad berhubung insiden 19 Februari di bawah:



Video - Metro

Penjelasan Sharnaaz dan bukti salinan sms dengan Fauzi, jelas sekali pasangan suami isteri itu telah memutarbelitkan cerita kononnya Lisdawati diserang.



Dipetik dari Harian Metro hari ini, Sharnaaz memberikan tempoh seminggu kepada Fauzi Nawawi dan isterinya untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berdepan dengan tindakan undang undang.

“Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku”

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya”

“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin,” ujar Sharnaaz Ahmad tegas.

P/s : Admin berharap perkara-perkara kecil macam ini dapat diselesaikan dengan segera. Sebagai orang islam jalan terbaik adalah minta maaf. Kepada pihak-pihak lain diluar sana beringatla bahayanya kita mengumpat dan mengadu domba ke atas seseorang sehingga boleh menyebabkan huru hara. Sekian untuk ulasan ringkas admin. SHARE DAN LIKE.

Related

Info Artis 1878017917416884702

Catat Ulasan

  1. lisdawati ni aku knl dia da lama zaman2 cubaan modeling kt TFS..dia ni mmg jns angkuh/sombong! kwn mmg tak pandang punya la..konon dia je la yg the best! so..dr situ da tau prangai dia mcmne..renung2kn!

    BalasPadam

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item