Sharnaaz ‘No Komen’ Didakwa Serang Lisda Dan Suami
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/sharnaaz-no-komen-didakwa-serang-lisda.html
Pelakon yang popular dengan drama ‘Bukan Aku Tak Cinta’, Sharnaaz Ahmad enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan mengamuk dan menyerang aktres Lisdawati.
Menurut laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Sharnaaz mendakwa semua yang terbabit dalam penggambaran berkenaan seperti pelakon, kru dan pengarah mengetahui sikap pasangan suami isteri tersebut.
“Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil sahaja, tetapi dibesarkan mereka.
"Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.
“Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai hal tersebut.
"Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (memohon maaf),” katannya.
Kredit : Harian Metro