xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Tembak-Menembak di Sangka Penjenayah... | FANTASIA NETWORK Tembak-Menembak di Sangka Penjenayah... | FANTASIA NETWORK

Tembak-Menembak di Sangka Penjenayah...

Kusangkakan panas...Rupanya hujan di tengahari... Begitulah kisah yang terjadi tembaka-menembak di KL : Kuala Lumpur: Penggambaran ...


Kusangkakan panas...Rupanya hujan di tengahari... Begitulah kisah yang terjadi tembaka-menembak di KL :

Kuala Lumpur: Penggambaran babak tembak-menembak membabitkan dua pelakon utama drama bersiri Miranda, Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin tengah hari semalam terpaksa dihentikan kira-kira satu jam apabila didatangi dua kereta polis yang menerima aduan daripada orang ramai menyangka ia kejadian jenayah sebenar.


Menurut Pengarahnya Along Kamaludin, babak Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dirakam di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara, dekat sini, mengundang salah faham orang ramai yang terkejut dengan bunyi tembakan itu. 

“Semuanya salah faham saja. Sebenarnya dalam babak itu, Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta. Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar. 

“Mungkin sebab kami rakam babak itu pun tanpa peralatan yang banyak, jadi orang tak nampak kami jalani penggambaran. Tiba-tiba dua kereta peronda polis tiba di set dan terpaksa pula pengurus produksi saya jelaskan perkara itu hanya salah faham,” katanya ketika dihubungi, semalam.


FASHA dan Dazrin yang ‘ditembak’ dalam babak drama Miranda.

Along berkata, kru dan pelakon terkejut didatangi polis yang menerima aduan orang awam selepas terdengar bunyi tembakan.

Sumber : Metro

Related

Isu Tempatan 7329484935842102309

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item