Ummi Nazirah Bercinta dengan Anak Tiri Siti Nurhaliza ?
http://fantasianetwork.blogspot.com/2014/02/ummi-nazirah-bercinta-dengan-anak-tiri.html
Tag : Ummi Nazeera Dan Anak Datuk K Bercinta?,
Adakah benar perkhabaran terbaru yang mengatakan anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Ummi Nazeera?
Ini satu berita menarik untuk dikongsikan. Siti Nurhaliza tidak menghalang anak tirinya, Adib Khalid sekiranya benar-benar bercinta dengan Ummi Nazeera. Kisah percintaan ini timbul apabila Adib dan Ummi dilihat hadir bersama-sama ke konsert amal Siti Nurhaliza “Where The Heart Is’ yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumur (KLCC) pada 7 dan 8 Februari lalu.
Memetik laporan Mstar, Ummi Nazeera telah berkawan rapat kerana mereka berdua belajar bersama di Australia dulu. Menurut Siti lagi :
Saya tahu mereka berkawan rapat semenjak belajar di Australia tetapi sekiranya mereka bercinta ia bukan satu masalah kerana masing-masing sudah besar dan boleh membuat keputusan sendiri
Untuk pengetahuan anda, si Adib dulu pernah digosipkan bercinta dengan salah seorang pelakon baru dari Brunei iaitu Nina Iskandar. Apapun kalau benar mereka bercinta, kita doakan yang terbaik bagi mereka supaya sampai ke jinjang pelamin. Apa pendapat anda ?