xmlns:og='http://ogp.me/ns#' Radhi Oag Bakal Tamatkan Zaman Duda Bulan Depan | FANTASIA NETWORK Radhi Oag Bakal Tamatkan Zaman Duda Bulan Depan | FANTASIA NETWORK

Radhi Oag Bakal Tamatkan Zaman Duda Bulan Depan


Radhi OAG akhirnya bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, bulan depan. 

Bagi yang tidak tahu, Radhi sebelum ini pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif selama lima tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki Mohd. Rifdhi Muslim, 10. 




"Saya akan mengikuti kursus perkahwinan bulan depan. Ini kerana saya mahu mempertajamkan ilmu mengenai asas keharmonian rumah tangga demi membetulkan kesilapan lalu. 

"Saya membayangkan acara sederhana serta majlis resepsi yang diadakan selepas Aidilfitri secara kecil-kecilan," ujarnya. 

“Kalau mengikut kehendak keluarga Ayu, banyak modal yang perlu dikeluarkan. Saya rasa mungkin lambat lagi kami akan berkahwin sebab saya baru hendak membina karier semula. 

“Alhamdulillah, walaupun saya ada kisah silam, tetapi, keluarga Ayu menerima saya seadanya dengan perubahan pada diri saya. 
Sumber : Myartis

"Pada mulanya, majlis persandingan mahu diadakan pada Ogos depan. Tetapi, Insya-Allah mungkin akhir tahun ini. Biar apapun, kita selesaikan perkara wajib dulu,” jelasnya dipetik sebagai berkata. 

P/s : Alhamdulillah moga cepat-cepat dapat anak. :P

Related

Info Artis 4397711294522189510

Catat Ulasan

PERHATIAN: Pihak Fantasia Media Network tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

emo-but-icon

Follow Us

Hits

SEO Reports for fantasianetwork.blogspot.com DMCA.com
item